20hb Mei 2009
Dah lama tak menulis dalam blog nih. Last tulis masa nak wish Mother's Day kepada semua mothers. Itupun dah belated sesangat dan itu saja entry pada hari tu.
Minggu lepas, kalau perasan laaa..... aku tak sempat tulis ape-ape. Sibuk sikit 4 hari takde kat ofis. Pergi sesi interview. Kadang-kadang dan sekali sekala aku kena pergi interview orang. Satu tanggungjawab yang aku rasa sangat berat.............. ye la........ kita kan nak ambik orang keje atau dari jawatan kontrak ke jawatan tetap, memang satu tugas yang sangat mencabar. Aku selalu takut kalau-kalau dapat staf yang banyak cengkelat. Rugi organisasi wooo.........
Inilah antara sebab aku suka keja di U*** nih. Macam-macam benda aku dapat buat dan dapat merasa. Ada pertandingan sukan, kerja luar bidang tugas, kursus, latihan, attend perasmian, client/user meeting dan berbagai majlis yang patut dihadiri.
Oh ye, last week (15hb Mei 2009) aku pegi Perdana Leadership Foundation atau dengan nama lain Tun Dr. Mahathir Library. Sangat cantik dan berprestij tempatnya. My cousin keje kat sana as GM. Kak Zarina yang aku jumpa hanya setahun sekali masa raya di rumah Mak Ngah di kampung.
Apala duduk seKL pun tak pernah jumpa. Bukan cousin sorang ni aje, ada ramai lagi cousin yang seKL tapi tak jumpa melainkan bila dah balik kampung. Masalahnya bukan cousin nih sebelah zul..... tapi sebelah aku tuh......... Ada sorang cousin aku tu tinggal di Seremban, pernah datang makan kat restoran belakang rumah aku tu tapi tak datang pun jengah rumah aku. Lagi la selamba......... Ada cousin yang dah duduk lama kat Subang tu sampai buat open house baru aku mau pegi. Tu belum kira lagi yang duduk di Bukit Beruntung, Shah Alam, Gombak, Puchong, Nilai, Damansara, Cheras Perdana (yang paling dekat tuhhh...) dan tah mana-mana lagi yang bersepah kat KL nih. Teruk kah aku nih ????...........
Bila fikir balik bukannya tak mahu melawat diaorang, cousin-cousin nih.... tapi takut menyusahkan mereka. Maklumlahkan masing-masing keja dari Isnin sampai Jumaat....... cuma hari Sabtu dan Ahad aje time diaorang nak berehat, kalau kita datang mesti diaorang kena masak la, mengemas rumah la.... penat tu!!! Kalau diaorang dah plan nak gi jalan-jalan pulak, kena cansel pulak kalau tahu kita nak datang.Kesiannnn lakkkk.........
Kesimpulannya (untuk diri sendiri saje), aku tak la rasa serba salah sangat.... kalau tak gi rumah cousin-cousin nih unless diaorang jemput datang. Kalau itu macam.......... BARU AKU DATANG.....