Friday, May 29, 2009

Orkid

Nak kata rajin atau pandai sangat.... takdelah pulak.....

Mungkin kerana dari kecil sampai la dah tua nih asyik tengok mama dan abah bela pokok bunga menyebabkan aku minat jugak menanam pokok. Tak suka rumah yang takde pokok bunga......... rasa macam hilang seri aje.....
Tapi kalau nak dibandingkan pokok aku dengan pokok mama memang la macam langit dengan bumi. Mama dengan abah rajin belek pokok. Mama pun ada pegi kursus yang Anjung Seri anjurkan untuk belajar tentang pokok nih.

Aku belajar trial and error aje. Kalu jadi............. Alhamdulillah.......... Kalu tak......... nak buat macam mana kan.......... Ada jugak minta nasihat dan tunjuk ajar dari mama.
Agaknya.........sebab tu la pokok bunga aku macam nih..............
Ini dari species phalaenopsis
Ini lak dari species dendrobium
Ini sama species dengan yang atas tu..........
Nak bela pokok ni satu aje benda mesti ada..............
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
MUSTI RAJIN SIRAM POKOK. Itu aje petua dia..........

Innalillah wa inna lillahi rojiun

Sekali lagi aku masukkan entry nih................ Entry-entry seperti inilah yang paling aku sedih nak cerita.

Al-Fatihah disedekahkan kepada Allahyarhamah Puan Rabiah Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan (Perkhidmatan) dan juga Pak Jang (sepupu abah) yang telah pulang ke Rahmatullah. Semoga Allah sbt mencucuri rahmat dan menempatkan mereka bersama-sama roh yang Beliau redhai dan kasihi. Amin................


Wednesday, May 20, 2009

Birthday Lagi.....

18hb Mei 2009

Tut!!!! Tut!!!! B** buat jamuan birthday lagi.... Masuk yang ni, dah 3 kali kami sepejabat sambut birthday sesama staf. Nak buat jamuan setiap kali ada birthday staf ni pun bos Pn Hajar punya idea. Kali ni makan Makaroni goreng lak......

2 birthday girls. Kak Hasla and Zura

Tukang interframe ni ramai sebenarnya......

BEEZEE....

20hb Mei 2009
Dah lama tak menulis dalam blog nih. Last tulis masa nak wish Mother's Day kepada semua mothers. Itupun dah belated sesangat dan itu saja entry pada hari tu.
Minggu lepas, kalau perasan laaa..... aku tak sempat tulis ape-ape. Sibuk sikit 4 hari takde kat ofis. Pergi sesi interview. Kadang-kadang dan sekali sekala aku kena pergi interview orang. Satu tanggungjawab yang aku rasa sangat berat.............. ye la........ kita kan nak ambik orang keje atau dari jawatan kontrak ke jawatan tetap, memang satu tugas yang sangat mencabar. Aku selalu takut kalau-kalau dapat staf yang banyak cengkelat. Rugi organisasi wooo.........
Inilah antara sebab aku suka keja di U*** nih. Macam-macam benda aku dapat buat dan dapat merasa. Ada pertandingan sukan, kerja luar bidang tugas, kursus, latihan, attend perasmian, client/user meeting dan berbagai majlis yang patut dihadiri.
Oh ye, last week (15hb Mei 2009) aku pegi Perdana Leadership Foundation atau dengan nama lain Tun Dr. Mahathir Library. Sangat cantik dan berprestij tempatnya. My cousin keje kat sana as GM. Kak Zarina yang aku jumpa hanya setahun sekali masa raya di rumah Mak Ngah di kampung.
Apala duduk seKL pun tak pernah jumpa. Bukan cousin sorang ni aje, ada ramai lagi cousin yang seKL tapi tak jumpa melainkan bila dah balik kampung. Masalahnya bukan cousin nih sebelah zul..... tapi sebelah aku tuh......... Ada sorang cousin aku tu tinggal di Seremban, pernah datang makan kat restoran belakang rumah aku tu tapi tak datang pun jengah rumah aku. Lagi la selamba......... Ada cousin yang dah duduk lama kat Subang tu sampai buat open house baru aku mau pegi. Tu belum kira lagi yang duduk di Bukit Beruntung, Shah Alam, Gombak, Puchong, Nilai, Damansara, Cheras Perdana (yang paling dekat tuhhh...) dan tah mana-mana lagi yang bersepah kat KL nih. Teruk kah aku nih ????...........
Bila fikir balik bukannya tak mahu melawat diaorang, cousin-cousin nih.... tapi takut menyusahkan mereka. Maklumlahkan masing-masing keja dari Isnin sampai Jumaat....... cuma hari Sabtu dan Ahad aje time diaorang nak berehat, kalau kita datang mesti diaorang kena masak la, mengemas rumah la.... penat tu!!! Kalau diaorang dah plan nak gi jalan-jalan pulak, kena cansel pulak kalau tahu kita nak datang.Kesiannnn lakkkk.........
Kesimpulannya (untuk diri sendiri saje), aku tak la rasa serba salah sangat.... kalau tak gi rumah cousin-cousin nih unless diaorang jemput datang. Kalau itu macam.......... BARU AKU DATANG.....

Monday, May 18, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY

10hb Mei 2009

HAPPY MOTHERS DAY Pictures, Images and Photos

Selamat Hari Ibu!!!!

Buat ibuku, diriku dan sahabat-sahabatku.

Buat Mama......... terima kasih kerana susah dan senang dengan Nana. Mama tempat Na mengadu dan meluahkan perasaan. Na memang tak boleh berahsia dengan mama. Lambat laun mama mesti tahu........ sebab tu sebelum apa-apa, baik na bagitau mama dulu. LOVE U MAMA!!!

Buat kengkawan........... semoga Hari Ibu anda disambut bersama keluarga yang tersayang. Kita sebagai ibu ni banyak dugaan dan cabaran. Dalam hendak membesarkan anak-anak untuk menjadi manusia yang berguna. Dalam hendak melayan permintaan suami yang macam-macam tuh. Dalam memastikan semua hal keluarga dan rumah dapat diselesaikan sebelum tidur malam. Dalam memastikan suami dan anak mendapat belaian kasih sayang yang tiada bandingan. Dalam memastikan pelajaran anak-anak tidak dilupakan. Dalam memasak makanan yang lazat-lazat untuk suami dan anak berselera memakannya. Dalam mengemas rumah supaya suami dan anak sentiasa selesa. Dalam membasuh pakaian supaya suami dan anak dapat memakai pakaian yang bersih dan berbau harum. Dalam menemani dan mengubati suami dan anak kala mereka jatuh sakit. Dalam melayani kerenah suami dan anak-anak yang kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa kemahuan mereka. Hanya ibu yang sabar sahaja yang dapat menghadapi semua ini dan upahnya...... kasih sayang dari suami dan anak-anak yang tiada berbelah bagi.....

Friday, May 15, 2009

4 heroku

Kalau di rumah, ruang tamu yang kecik tu la tempat 4 heroku melepak. Masing-masing ada aktiviti sendiri. Ada yang menonton tv......... ada yang main toys......... ada yang makan dan minum. Yang paling penting buat hal sendiri lah yer......... ami nak rehat kat sofa sambil baca paper!!! Jangan kacauuuu.........
Apa yang baby belek tu????
Abang Nabeel.... suruh tangkap gambar lagi.... sebab nak posing dengan kereta ferrari

Durian???!!!

Apasal tah.... tiba-tiba jer zul teringin nak makan durian. Tanya aku kat mana nak cari durian. Aku cakap gi la Chow Kit........ dia jawab jauh sangat........ jalan jem. Nasib baik aku ingat kat tepi simpang nak gi Petronas, dekat kolej 10 ada satu pakcik ada jual durian.......

Malam tu gak, gi cari durian...... pilih punya pilih....... beli la dalam 3 bijik..... Harganya..........68 hinggit!!!! Teringin punya pasal pejam mata la bayar..............


Durian isi warna kuning........... Aku suka sebijik aje.... yang 2 lagi tu tak lulus mengikut citarasa aku.

Nabeel tengok ajer............. Ayah makan tak tunggu orang!!!!

Inai di tangan

Dah lama tak pakai inai. Last pun masa kahwin 9 tahun dulu. Pakai inai pun macam biasa ajer.... bukan macam trend sekarang yang inainya dilukis bentuk bunga-bunga, berkerawang dan berseni-seni.

Satu hari keluar ofis, ada satu group student subjek keusahawanan buat bisnes lukis inai dekat foyer lib. Diaorang tak ada client.... panggil la aku.......... Kak tak nak ke lukis inai???? Tolong bisnes kitaorang kak??? Kesian lak.........
Akhirnya..................


Terbang 5 hinggit!!!!

Thursday, May 7, 2009

Layang-layang Siri II

3hb Mei 2009

Hari ni ayah ajak main layang-layang kat Putrajaya lak. Dekat dengan Convention Center atas bukit tu. Angin kuat kat sini. Best yer!!! Kena mintak ayah belikan layang-layang sorang satu la. Asyik berebut jer...... Ami pun nak main gak...... Tension betul!!!
Concentrate betul jejaka 2 orang nih......



Main layang-layang pun dahaga ke abang????

Layang-layang Abang Nabeel........

Tengok Nadeem nih...... orang main layang-layang, dia main kat longkang.....

Demam Campak

Baby demam panas...........
2 hari lepas demam surut....... bintik-bintik merah lak keluar.
Baby demam campak laaa........

Kesian baby........... lembik aje.........

Nyenyaknya baby tido......

Abang-abang buat bising pun, baby tak terjaga.....

Bintik merah kat kepala baby............

Gong Xi Fa Cai

Cerita ni sebenarnya dah basi dah......... Tapi baru sekarang dapat upload gambar through emel dan masukkan dalam blog ni.

Jiran sebelah.... maknyer Si Yik Hong, bagi buah tangan sempena Tahun Baru Cina. Dapatlah bebudak 3 orang tu angpau..... sepuloh hinggit sorang dengan tart jem nenas. Memang macam tu la aku dengan jiran sebelah dan jiran belakang. Mesti bagi buah tangan kalau pegi berjalan mana-mana dan kalau ada hari perayaan. Jiran aku semuanya Cina......... tapi okay la... sampai sekarang takde masalah....






Tuesday, May 5, 2009

Koci... oh... koci...

Inilah keje aku kat rumah sejak dua menjak nih...... Makan koci (kuaci???!!!). Aduhhhh.... makan benda ni boleh ketagih beb. Kak Shima yang mengajornyer balik..... dah lama tinggalkan koci sejak keluar B** dulu.


Aku lebih suka makan yang putih tu.......... yang berbelang tu Mar punya!!!


P/s: Teringat kenangan-kenangan kat B** dulu. Macam-macam musim ada..... musim makan koci, musim makan buah (rambutan, langsat, duku, dokong.... dsb.... Nasib baik opis tak boleh bawak durian... kalau tidak... heiiiii), musim beli & tanam pokok orkid, musim bela ikan guppy............... Best betul dengan akak-akak tu, tak kedekut beli makan........

Monday, May 4, 2009

Makcik Salbiah datang

Makcik Salbiah and family datang ke rumah. Makcik Salbiah adalah hubby aku punya mak sedara. Tinggal kat Taman Skudai kat JB nun. Datang KL sebab Hayat (1st daughter) ada interview Mass Comm kat UiTM, Shah Alam. Mintak tolong hubby bawakan ke Shah Alam..... lagipun dulu Shah Alam tu kan kampung kitaorang......... tempat belajar.... bercinta..... lepak-lepak.... makan-makan... jalan-jalan....

Anak dara Makcik Salbiah Hayat, Ida & Nini ni memang rajin melayan bebudak kecik. Senang nak mintak tolong jagakan Nabeel, Nadeem & Nazrin. Lagi satu diaorang ni memang kaki tengok movie. Padan dengan abang sepupu diaorang yang banyak koleksi DVD, seronok ler diaorang cari movie yang best-best.

Dahsyatnya diaorang nih....... boleh tengok lak cerita seram dan sangat-sangat menakutkan (bagi aku lerrrr). Buktinya..... tengok le gambar ni......... dengan khusyuknya diaorang tengah nonton cerita Saw, House of Wax dan apatah lagi cerita yang aku memang tak nonton walaupun benda tu ada kat rumah.Takut pun iye jugak.... apa lagi cerita yang kerat-kerat orang nih. Hishhhh serammm......


Saw

House of wax


Tu ha...... punya la khusyuk, sampai tak perasan aku tengah snap gambar

Baru perasan.... apa lagi.... pose bagi cantekkkkk