![]() |
| Pic : Google.com |
Tuesday, November 5, 2013
Monday, November 4, 2013
Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita pergi...
As Salam...
Hmmmmm...
Tahun ini banyak perkara yang membuatkan hati ami tidak tenteram dan berasa sangat sayu...
Bila adanya KEMATIAN....
walaupun begitu kita sebagai umat Islam kena redha..
Semoga mereka ditempatkan bersama2 dengan orang yang disayangi dan dikasihi oleh ALLAH S.W.T.
| Tak ingat namanya... Allahyarham yg depan t-shirt putih tu... Dah lama arwah pergi... |
| Allahyarhamah Firdaus Al Awwali... nombor ketiga dari kanan.. |
![]() |
| Di Masjid Kulim... pengemubian Mak Dak, kakak kepada tok mama pada september lepas... |
REDHA DENGAN QADA'
Redha
dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah
ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah
( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang
yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah
s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam
keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan
Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata
:
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
Dan
apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda
mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t.
dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap
redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t.
Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan
bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya
Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak
bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah
Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.
Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan
dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan
dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri
sendiri.
Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

(rujukan : www.al-azim.com)
Subscribe to:
Posts (Atom)