Untung yea.......... bebudak istimewa sekarang..................
Macam Nabeel tu, dapat peluang belajar macam-macam. Keprihatinan seseorang kepada anak-anak istimewa kadang kala amat mengejutkan bagi ibu bapa macam kami nih. Di sekolah Nabeel sahaja ada ramai sukarelawan yang bantu bebudak ni dengan swimming lessons, painting/art lessons, horse riding lessons dan kadang-kadang diaorang pergi majlis-majlis yang diadakan oleh KFC, McDonalds, NGOs dan juga majlis-majlis badan-badan kerajaan. Bawak balik macam-macam cenderahati.
Baguslah kan!!!!
Ada jugak aktiviti untuk bebudak nih. Yang paling best, Nabeel dah boleh tunggang kuda........ Mak dia merasa naik kuda pun masa kat fun-fair Parit Buntar berbelas tahun dulu. Tapi anak dah pandai godek-godek dengan kuda. Yang paling aku respect nih, sukarelawan untuk program nih semuanya bini mat saleh-mat saleh (expatriate punya wifey). Husband gi kerja, bini buat kerja-kerja amal kat kelab polo. How thoughful!!! Kadang-kadang diaorang buat parti kanak-kanak kat kelab tu....... ada face/hand painting, clown yang boleh reka macam-macam dengan ballon, truck rides, Harley Davidson rides, games dsb.
Untung yea.............. bebudak istimewa sekarang.
No comments:
Post a Comment