Tuesday, June 23, 2009

Sayur...

Anda suka makan sayur???? Saya sangat suka makan sayur..............
Tapi saya suka makan sayur "weird" (bak kata Annur.........). Sayur "weird" tu maknanya sayur yang bukan kebiasaan kita makan.......... contoh macam kangkung ka, kobis ka, bayam ka, sawi ka...... sayur species yang sama......... cuma rupa dia dah lain sikit...........





Sudah menjadi kebiasaan aku akan ke pasar Sg Besi setiap hari Sabtu atau Ahad beli bahan basah. Sayur memang antara yang akan aku beli. Macam-macam pilihan, warna dan rupa sayur kat pasar tu. Aku boleh jadi gila kalau tengok sayur hijau.......... mesti beli punya. Makan atau tak makan tu belakang kira......... tapi kalau sayur tu nampak cantik hijau comel aje......... huiiii..... tak tahan godaan. (Mama pun macam tu kan............ suka beli sayur......... terutama kalau display dia cantik-cantik........ kan Mama????!!!!!)


Cara masak sayur tu kebanyakkannya stir fry aje......... Kalau masak cara lain nanti hilang rasa......... Sama ada buat steamboat, masak dengan sos tiram atau goreng dengan bawang putih.......... aku ratah ajer.......... Tu yang boleh diet tu.........
Selalunya aku masak macam nih.................
Sayur kacang buncis goreng udang

Terung berlada


Baby bok choy goreng bawang putih

Baby kailan dengan sos tiram


Ehhhhh........ perasan tak semuanya sayur bergoreng........... guna minyak sunflower tu..... jangan guna minyak kelapa sawit. Kalau nak masak sayur guna minyak sunflower, kalau nak goreng guna minyak banyak (ikan goreng ka, ayam goreng ka......) guna minyak seri murni tau!!!!

Lagi satu yang paling penting......... jangan lupa gunakan pinggan yang cantik-cantik untuk hidang lauk nih. Jangan kedekut guna corningware ka, luminac ka, correll ka..... Keluarkan dari lemari tuh......Barulah selera nak makan.......... Suami pun sayang......... ceeeeeeeeeewah!!!

P/s: Hubby : (Cakap dengan anak-anak) Ami korang nih dah tak gheti masak sayur kampung.......... Asyik makan sayur pelik-pelik ajer........

Ami : Hummmmmmmmmm.........

Friday, June 19, 2009

Mari tengok tv


Aku memang suka benor tengok cerita Midsomer Murders. Ye lah........... anak poliskan, tentu ada sikit-sikit bapak punya profesion terserap dalam kehidupan dan minda. Tak minat jadi polis sebab tak suka berkawad. Dulu-dulu masa CSI mula-mula disiarkan ada juga teringin jadi police investigator aka koroner polis tapi biologi pun 'FAIL' ............. jadi jangan harap la........
Midsomer murders ni lain dari cerita keluaran US tu. Product UK sooooooooo..... jalan cerita dia tak fast dan tak banyak aksi tembak menembak dan 'dush-dush' aksi pukul-pukul atau tumbuk-tumbuk orang. Slow and steady je cerita dia..........

Yang menariknya cerita dia selalunya orang jahat atau pembunuh selalunya orang yang kita sebagai penonton ni tak sangka. Jangan sangka orang yang baik-baik je rupa dia tak bunuh orang. Kadang-kadang keadaan yang menjadikan seseorang yang 'nampak' baik tu menjadi seorang pembunuh. Macam bishop boleh jadi pembunuh, bini caretaker pun boleh, suri rumah pun boleh jadi pembunuh, very beautiful girl pun jadi, akak bela kucing pun boleh, abang perbaik rumah, pakcik makcik, atuk nenek pun boleh jadi pembunuh kalau ada rahsia yang perlu ditutup.

Kalu aku nonton cerita nih, mesti fikir macam polis la kunun........ suspek ni macam orang jahat...... suspek tu tak boleh percaya, mesti jahat nih........ tapi bila ending cerita............ Laaaaaaaaaa atuk ni rupanya bunuh orang........... Tu yang thrill tu.
Lagi satu scenery dalam cerita ni memang sangat cantik............ terutama kalau dia buat shooting dalam musim bunga ke, musim panas ke......... bunga kembang merata-rata. Cantik betul!!!!

Bibik aku Si Mar tu, asal hari Jumaat aje.........

Mar : Akak tak nak tengok boyfriend akak ke???
Aku : Boyfriend????
Mar : Boyfriend akak yang tua tu.............
Aku : Boyfriend????????
Mar : Boyfriend akak yang berlakon polis cerita omputih "sumer-sumer" bunuh orang tu.....
Aku : Ohhhhh Barnaby tu yea............ Malam nih kita boleh tengok......... tapi kalau Abang Zul ada.............. jangan harap la..........


P/s : Hubby paling benci cerita Midsomer Murder............ bagi dia cerita ni slow giler...........

Tuesday, June 16, 2009

Nampak tenang aje...........


Tak tahulah kenapa aku suka sangat gambar nih. Credit to jurufoto P***. Pandai dia candid kita nooo........
Yang pastinya aku nampak tenang dan sangat concentrate gitu. Tengah baca doa lepas baca yasin tu untuk disedekahkan kepada Allahyarhamah Pn Rabiah.
Perasan tak???? Semenjak 2 menjak nih, aku pakai tudung jenis nih............ Pergi pasar pakai tudung nih, jogging dengan zul & bebudak pakai tudung nih, gi jalan-jalan shopping mall pakai tudung nih, gi makan kat kedai Abe Kelate kat tepi jalan pekan Sg Besi tu pun pakai tudung ni......... Senang betul aku.... Angin ribut dan hujan lebat giler pun gagal merobohkan awning tudung nih......... Lasak-lasak si Nazrin tu pun gagal mengugat tudung aku. Senang ku pakai dan senang ku cabut.
Dah ada 5 helai wooo....(Hutang pun tak abis bayar lagi nih......tapi dah melaram merata tempat) Macam-macam colour..... cuma yang plain colour je takde.


Nantilah keluar cari..... tunggu ongkos banyak skit.............

Geng tudung awning keras & tudung bawal nak mula makan

Lapar macam mana pun.......... bergambar mesti diutamakan dulu.....

Monday, June 8, 2009

Tembunnyaaaa.............

Alamak........ bum-bumnya mak...........
Jumpa gambar lama........ kalau tak silap ni gambar tahun 2008 nih. Baru lepas bersalin anak no 3.
Gi bengkel kat Cheranting.


Untung Yea............

Untung yea.......... bebudak istimewa sekarang..................

Macam Nabeel tu, dapat peluang belajar macam-macam. Keprihatinan seseorang kepada anak-anak istimewa kadang kala amat mengejutkan bagi ibu bapa macam kami nih. Di sekolah Nabeel sahaja ada ramai sukarelawan yang bantu bebudak ni dengan swimming lessons, painting/art lessons, horse riding lessons dan kadang-kadang diaorang pergi majlis-majlis yang diadakan oleh KFC, McDonalds, NGOs dan juga majlis-majlis badan-badan kerajaan. Bawak balik macam-macam cenderahati.

Baguslah kan!!!!

Ada jugak aktiviti untuk bebudak nih. Yang paling best, Nabeel dah boleh tunggang kuda........ Mak dia merasa naik kuda pun masa kat fun-fair Parit Buntar berbelas tahun dulu. Tapi anak dah pandai godek-godek dengan kuda. Yang paling aku respect nih, sukarelawan untuk program nih semuanya bini mat saleh-mat saleh (expatriate punya wifey). Husband gi kerja, bini buat kerja-kerja amal kat kelab polo. How thoughful!!! Kadang-kadang diaorang buat parti kanak-kanak kat kelab tu....... ada face/hand painting, clown yang boleh reka macam-macam dengan ballon, truck rides, Harley Davidson rides, games dsb.

Untung yea.............. bebudak istimewa sekarang.