
Selamat Hari Ibu!!!!
Buat ibuku, diriku dan sahabat-sahabatku.
Buat Mama......... terima kasih kerana susah dan senang dengan Nana. Mama tempat Na mengadu dan meluahkan perasaan. Na memang tak boleh berahsia dengan mama. Lambat laun mama mesti tahu........ sebab tu sebelum apa-apa, baik na bagitau mama dulu. LOVE U MAMA!!!
Buat kengkawan........... semoga Hari Ibu anda disambut bersama keluarga yang tersayang. Kita sebagai ibu ni banyak dugaan dan cabaran. Dalam hendak membesarkan anak-anak untuk menjadi manusia yang berguna. Dalam hendak melayan permintaan suami yang macam-macam tuh. Dalam memastikan semua hal keluarga dan rumah dapat diselesaikan sebelum tidur malam. Dalam memastikan suami dan anak mendapat belaian kasih sayang yang tiada bandingan. Dalam memastikan pelajaran anak-anak tidak dilupakan. Dalam memasak makanan yang lazat-lazat untuk suami dan anak berselera memakannya. Dalam mengemas rumah supaya suami dan anak sentiasa selesa. Dalam membasuh pakaian supaya suami dan anak dapat memakai pakaian yang bersih dan berbau harum. Dalam menemani dan mengubati suami dan anak kala mereka jatuh sakit. Dalam melayani kerenah suami dan anak-anak yang kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa kemahuan mereka. Hanya ibu yang sabar sahaja yang dapat menghadapi semua ini dan upahnya...... kasih sayang dari suami dan anak-anak yang tiada berbelah bagi.....
No comments:
Post a Comment