Baru-baru ni ada baca entry seorang kawan dalam FB, ada seorang kawan ni mengucapkan tahniah atas tindakan pihak polis dalam meningkatkan infrastruktur dalam teknologi IT nih....
nak jadi cerita pulak....salah seorang yang dok balas komen nih... mengutuk dan samakan polis dan semua penjahat are brothers and they are BASTARDS (komen tu dalam BI)....
aku rasa sangat kecil hati dan sangat tidak adil si kawan ini menyamakan semua anggota polis macam tu.... (mungkin sebab dia pernah mengalami pengalaman yang sangat tidak baik dengan polis sebab tu dia jadi macam tu...) tapi dia tidak elok la cakap macam tu kan....
sebabnya kalau dia cakap macam tu.... maknanya aku ni anak BASTARD la.... sebab aku anak polis yea....
memang boleh buat orang marah... kalau sakit hati dengan sapa-sapa pun takyah la... nak gembar-gemburkan terang-terangan sampai sakitkan hati kawan-kawan yang lain.... takkan tak tahu ada kawan-kawan yang beribubapakan polis... ada semua ke perangai macam hampeh....
kenapa sesetengah orang bila cakap macam tu... takapa... itu hak dia... jangan nak terasa sangat... dia memang macam tu... biasa la dia tu...
tapi kalau dah beria-ria sangat orang lain tak betul.... cuba tengok diri tu jugak... hidup pun lintang pukang jugak... pelik la... hati sendiri mau orang jaga.... hati orang lantaklah... aku punya suka nak cakap apa... akukan jenis terus terang....

p/s: ada benda yang boleh kita cerita... ada benda yang hanya best friend sahaja yang boleh dengar... terlajak perahu, nak undur pusing je balik...terlajak kata, nak bagi ok balik, susah hoooo....