Ketika sedang bekerja di MPP, salah seorang dari adik pustakawan baru tanya aku, kenapa Kak Na tak pernah join in (war-warkan)blog tapi Kak Na ada blog sendiri???!!! Kenapa ye???? (Ini kes bagi kat sorang kawan tu, dia g masukkan add blog aku dalam blog dier.... siapa yang perasan dapat la tengok blog aku)
TUJUAN AKU MENULIS BLOG...
Sebab aku boleh ingat setiap peristiwa yang aku buat dengan anak-anak. Aku boleh ceritakan apa aktiviti aku dan anak-anak, mana kitaorang pergi jalan-jalan dsb. Siap boleh letak gambar tuhhhh!!! Tu yang paling best. Zul lak ada blackberry... senang nak tangkap gambar, hantar gambar via emel dan tadaaaa.... siap satu entry. (Sebenarnya malas jugak nak buat entry pun... tapi bila ada masa terluang aku akan paksa diri menulis.... kadang-kadang cerita pun dah basi)
Kalau dibandingkan dengan tulis diary, dah la kena tulis tangan, tak boleh letak gambar ke, video ke, lagu ke.... BORING!!! Malas betul aku kalau menulis tangan.... Masa zaman anak dara dulu aku memang rajin menulis diary.... masalahnya takde event yang best sangat dalam kehidupan aku, seorang pelajar. Pegi balik sekolah aje.... Nak tulis lebih-lebih takut orang baca lak. Malu wooo....
Bila ada blog ni takut pulak orang lain baca terutama mereka yang tak sukakan aku... sapa ye yang tak sukakan aku... di mana-mana tempat pun mesti ada orang yang tak sukakan kita kan??? Sebabnya tak tahulah... mungkin ada benda-benda yang kita buat diaorang tak suka ataupun ada benda yang diaorang buat kita tak suka. (Bagi aku kalau aku tak berapa berkenan dengan seseorang... aku tak rapat la dengan dia... tak ambil pot tentang dia...)Soooo... ada orang walaupun dia tak sukakan kita TETAPI masih mahu mengetahui tentang kehidupan kita (Haaaa... orang macam ni berlambak!!). Bagi aku kalau tak suka jangan ambil tahu tapi..... ini punya orang masih nak mengorek tentang hal orang lain. Aku tak mahu la bertambah lagi cerita yang dari takde apa-apa boleh jadi satu cerita besar.
Kalau kita baca blog orang tak payah le nak komen lebih-lebih... tu tandanya DENGKI!!! Aku ada baca blog yang mana komennya sampai kutuk mak bapak budak tu sebabnya diaorang orang kaya dan anak-anaknya mampu beli benda berjenama dan selalu melancong ke luar negara.... Nak buat macam mana... memang dia orang kaya dan mampu... Kita yang tak berduit ni tumpang baca keseronokkan dia dah laaaa.....
Sebab tu la aku cuba tidak menceritakan apa-apa material yang aku ada. Cerita je la pasal anak-anak ke, bunga ke, pokok ke, belacan ke, ikan pekasam ke.... Tapi tak tau la... mungkin satu hari nanti aku teruja lak nak tulis something materialistic.. tolongla.... maafkan aku.... nak buat kenang-kenangan untuk diri sendiri.
P/s 1 : Buat Najah, harap entry ini dapat menjawab pertanyaan Najah yer. Buat Zira,walaupun tahu tapi buat tak tahu aje yer. Aku akan bagi add blog aku pada orang yang tanya aku personally. Okay la tu............
P/s 2 : Pasal ikan pekasam tu aku teringat lak makan tak puas... hari tu mama datang bawak sikit aje. Bila nak pegi Pekan Rabu lagi yer????? Mama kalau pegi Pekan Rabu, jangan lupa ikan pekasam sepat 10 hinggit tau!!!!