
Aku memang suka benor tengok cerita Midsomer Murders. Ye lah........... anak poliskan, tentu ada sikit-sikit bapak punya profesion terserap dalam kehidupan dan minda. Tak minat jadi polis sebab tak suka berkawad. Dulu-dulu masa CSI mula-mula disiarkan ada juga teringin jadi police investigator aka koroner polis tapi biologi pun 'FAIL' ............. jadi jangan harap la........
Midsomer murders ni lain dari cerita keluaran US tu. Product UK sooooooooo..... jalan cerita dia tak fast dan tak banyak aksi tembak menembak dan 'dush-dush' aksi pukul-pukul atau tumbuk-tumbuk orang. Slow and steady je cerita dia..........
Yang menariknya cerita dia selalunya orang jahat atau pembunuh selalunya orang yang kita sebagai penonton ni tak sangka. Jangan sangka orang yang baik-baik je rupa dia tak bunuh orang. Kadang-kadang keadaan yang menjadikan seseorang yang 'nampak' baik tu menjadi seorang pembunuh. Macam bishop boleh jadi pembunuh, bini caretaker pun boleh, suri rumah pun boleh jadi pembunuh, very beautiful girl pun jadi, akak bela kucing pun boleh, abang perbaik rumah, pakcik makcik, atuk nenek pun boleh jadi pembunuh kalau ada rahsia yang perlu ditutup.
Kalu aku nonton cerita nih, mesti fikir macam polis la kunun........ suspek ni macam orang jahat...... suspek tu tak boleh percaya, mesti jahat nih........ tapi bila ending cerita............ Laaaaaaaaaa atuk ni rupanya bunuh orang........... Tu yang thrill tu.
Lagi satu scenery dalam cerita ni memang sangat cantik............ terutama kalau dia buat shooting dalam musim bunga ke, musim panas ke......... bunga kembang merata-rata. Cantik betul!!!!
Bibik aku Si Mar tu, asal hari Jumaat aje.........
Mar : Akak tak nak tengok boyfriend akak ke???
Aku : Boyfriend????
Mar : Boyfriend akak yang tua tu.............
Aku : Boyfriend????????
Mar : Boyfriend akak yang berlakon polis cerita omputih "sumer-sumer" bunuh orang tu.....
Aku : Ohhhhh Barnaby tu yea............ Malam nih kita boleh tengok......... tapi kalau Abang Zul ada.............. jangan harap la..........

P/s : Hubby paling benci cerita Midsomer Murder............ bagi dia cerita ni slow giler...........
No comments:
Post a Comment