Friday, January 30, 2009

Kenduri

17hb Januari 2009
Pergi kenduri kawan Zul. Namanya panjang bebenor........ kerabat somebody.......... negeri mana, tak pulak tanya Zul. Tapi MC majlis asyik sebut Yang Mulia-Yang Mulia... maknanya ada berdarah bangsawan la tu.... Nama simple dia Shah ajer.... wifey dia nama Jaja. Kenduri ni kat Dewan Kementerian apatah.... Kerja Raya???? Tak ingat la pulokkkk... Kat jalan apa yer???!!! Ala nak pi Bank Negara. Kat-kat situlah..... (Pelupa benor aku nihhhh.... Sebab bukan kenduri sendiri kan????!!!!)

Baru lepas makan, tengah layan muzik, band dijemput khas dari Negeri Sembilan


Bergambar dengan pengantin, pengantin tak habis makan lagi tuh....

Monday, January 19, 2009

Layang-layang

5hb Januari 2009

Bawak Abang Nabeel, Nadeem, Nazrin & Mar pegi main layang-layang kat taman yang dikatakan popular la gak bagi penggemar layang-layang nih. Taman ni kat Selayang..... betul ke???!!! Tak familiar sangat bahagian KL sebelah sinun....

Anyway.... sampai ke sudah layang-layang tu tak naik. Angin takdak la.... Time nak balik (dah nak maghrib...) baru rasa angin kuat betul.

Abang Nabeel tengah cari angin.....


Dah penat lari......




Nak main jugak.....




Nadeem.... baik makan ais krim... Lagi besttttt....

Baby tak leh main.... mintak ayah dukung jelahhhh....

P/s : Update dari Zul... bukan kat Selayang laaa.... Kat Kepong!!!!

Haagen-Daas

3hb Januari 2009


Tak tahu la dengan perangai Nadeem sekarang ni. Asyik mintak nak makan ais krim semenjak dua menjak nih. Masa keluar ni kitaorang plan nak beli layang-layang dekat kedai nama Windchaser kat 1 Utama tu. Lepas beli layang-layang, Nadeem menjerit-jerit hendak makan ais krim. Bayangkan satu level tu pandang aje kitaorang. Mesti orang ingat kitaorang ni pukul anak ke hapa. Aznil Nawawi & family yang tengah makan kat restoran pancake tepi tu pun dah tertoleh-toleh tengok anak sapa la bising sangat ni.


Takde alternative lain nak bagi Nadeem diam.... ini aje yang jumpa...... rabak duit mak bapak dia hoooooo.......



Ami nak rasa jugak.... vanilla my fav.... satu scoop ni harga dia RM13 hinggit. Giler mahal!!!!

Nadeem dengan penuh khusyuk mengadap coklat ais krim

Baby termenung aje la.... Ami bagi sikit ais krim bagi rasa.... tapi ayah tak bagi makan banyak sangat.....


Termenung hape budak nih????

Cepat makan... tak mahu tunggu lama-lama kata ayah....

Thursday, January 8, 2009

RAYA 2008

Gambar raya tahun lepas.... Baru nak masukkan dalam blog nih. Tak kisah la kan. Apalagi layannnnn....



Tengah buat ketupat daun palas. Aku takde... tak sampai lagi.....


Posing dulu sebelum gi sembahyang.... baru lepas bersalam-salaman







Gambar wajib... bergambar depan rumah......





Sepupu sepapat datang nak makan laksa mama.... hidangan wajib raya selain daripada ketupat dan rendang

Projek


Budak 2 ketul ni kalau wan sibuk buat keje, diaorang pun tolong gak...... Tolong menyibuk sekali!!!???

Tolong pegang screw driver pun takpe la......

Baby takleh join abang dengan wan buat keje....

Tuesday, January 6, 2009

Kenapa???

Ketika sedang bekerja di MPP, salah seorang dari adik pustakawan baru tanya aku, kenapa Kak Na tak pernah join in (war-warkan)blog tapi Kak Na ada blog sendiri???!!! Kenapa ye???? (Ini kes bagi kat sorang kawan tu, dia g masukkan add blog aku dalam blog dier.... siapa yang perasan dapat la tengok blog aku)

TUJUAN AKU MENULIS BLOG...

Sebab aku boleh ingat setiap peristiwa yang aku buat dengan anak-anak. Aku boleh ceritakan apa aktiviti aku dan anak-anak, mana kitaorang pergi jalan-jalan dsb. Siap boleh letak gambar tuhhhh!!! Tu yang paling best. Zul lak ada blackberry... senang nak tangkap gambar, hantar gambar via emel dan tadaaaa.... siap satu entry. (Sebenarnya malas jugak nak buat entry pun... tapi bila ada masa terluang aku akan paksa diri menulis.... kadang-kadang cerita pun dah basi)

Kalau dibandingkan dengan tulis diary, dah la kena tulis tangan, tak boleh letak gambar ke, video ke, lagu ke.... BORING!!! Malas betul aku kalau menulis tangan.... Masa zaman anak dara dulu aku memang rajin menulis diary.... masalahnya takde event yang best sangat dalam kehidupan aku, seorang pelajar. Pegi balik sekolah aje.... Nak tulis lebih-lebih takut orang baca lak. Malu wooo....

Bila ada blog ni takut pulak orang lain baca terutama mereka yang tak sukakan aku... sapa ye yang tak sukakan aku... di mana-mana tempat pun mesti ada orang yang tak sukakan kita kan??? Sebabnya tak tahulah... mungkin ada benda-benda yang kita buat diaorang tak suka ataupun ada benda yang diaorang buat kita tak suka. (Bagi aku kalau aku tak berapa berkenan dengan seseorang... aku tak rapat la dengan dia... tak ambil pot tentang dia...)Soooo... ada orang walaupun dia tak sukakan kita TETAPI masih mahu mengetahui tentang kehidupan kita (Haaaa... orang macam ni berlambak!!). Bagi aku kalau tak suka jangan ambil tahu tapi..... ini punya orang masih nak mengorek tentang hal orang lain. Aku tak mahu la bertambah lagi cerita yang dari takde apa-apa boleh jadi satu cerita besar.

Kalau kita baca blog orang tak payah le nak komen lebih-lebih... tu tandanya DENGKI!!! Aku ada baca blog yang mana komennya sampai kutuk mak bapak budak tu sebabnya diaorang orang kaya dan anak-anaknya mampu beli benda berjenama dan selalu melancong ke luar negara.... Nak buat macam mana... memang dia orang kaya dan mampu... Kita yang tak berduit ni tumpang baca keseronokkan dia dah laaaa.....

Sebab tu la aku cuba tidak menceritakan apa-apa material yang aku ada. Cerita je la pasal anak-anak ke, bunga ke, pokok ke, belacan ke, ikan pekasam ke.... Tapi tak tau la... mungkin satu hari nanti aku teruja lak nak tulis something materialistic.. tolongla.... maafkan aku.... nak buat kenang-kenangan untuk diri sendiri.

P/s 1 : Buat Najah, harap entry ini dapat menjawab pertanyaan Najah yer. Buat Zira,walaupun tahu tapi buat tak tahu aje yer. Aku akan bagi add blog aku pada orang yang tanya aku personally. Okay la tu............

P/s 2 : Pasal ikan pekasam tu aku teringat lak makan tak puas... hari tu mama datang bawak sikit aje. Bila nak pegi Pekan Rabu lagi yer????? Mama kalau pegi Pekan Rabu, jangan lupa ikan pekasam sepat 10 hinggit tau!!!!

Wednesday, December 31, 2008

More Lawaks

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewellery applications that had operated flawlessly under boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?
Signed,
Desperate Housewife

------------------------------------------------------------------

Reply:
Dear Desperate Housewife,

First keep in mind: Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.

Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0. If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1. Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wavfiles.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.

Good Luck,
IT Support

P/s : Ambik dari blog elly....

Tuesday, December 30, 2008

BENGANG GILER

Hari ni on the way nak balik ofis lepas lunch, ada satu kete bawak laju giler. Menyelit-yelit kononnya nak cepat la tu........ Woiiii nasib ko la... apasal lambat keluar dari mana tempat ko datang kalu dah tahu masuk ofis kena pukul 2 petang. Bawak kete rapat-rapat... Tu nak suruh aku ke tepi la tu. Pigi da.... Tak maunya aku bagi chance.

Aku dah naik hangin nih... Aku pun nyelit-yelit tak bagi kete tu lepas kete aku. Yang pastinya aku nak bagi kete ko belakang kete aku... Bawak kete kurang ajor betul. Ko duduk la belakang kete aku sampai tempat mana ko keje. Tak respect orang langsung..... Tu bawak kete lama... kalu mercedes lagi teruk ape perangai lu.

P/s : Sori aaaa Zira..... aku bawak macam samseng hari ni. Sebab aku paling sakit hati dengan orang yang berlagak di jalanraya. Agaknya luruh jantung ko ke hape?????

Azam

Azam aku tahun ini.......


  • tak nak lengah-lengahkan sembahyang.......

  • tak nak selalu ponteng kelas mengaji....

  • tak nak boros sangat.....

  • nak jadi isteri dan ibu yang mithali dan sejati.....

  • nak jadi anak yang baik....

  • nak jadi teman yang setia.....

  • nak jadi pekerja yang bijaksana.....

  • nak kuruskan badan....

  • nak simpan cuti......

  • nak simpan duit bebanyak...

  • nak naik pangkat... bolehhhhh????

  • lebih penyabar.....

  • lebih banyak baca buku keagamaan pulak....

MAAL HIJRAH 1430

Wayang

29hb Disember 2008


Ayah bawak Abang Nabeel tengok Bedtime Stories di TGV Jusco Balakong. (First time Nabeel nak gi tengok wayang nih.... takut jugak kalau-kalau dia tak boleh control excited dia) Abang Nabeel asyik sebut-sebut jer cerita tu sebab selalu tengok sedutan movie tu dalam Disney Channel. Ami tak boleh ikut sebab Bu Mar tak balik lagi dari melawat Mak saudara dia kat Cheras.



Bila diaorang balik...


Aku : Best tak cerita tu???


Hubby : Biasa la cerita budak-budak.


Aku : Abang Nabeel behave tak??


Hubby : Okey la...kadang-kadang jerit-jerit gak... macam kat rumah jugak bila excited. 3 kali pegi kencing tu... Minum banyak sangat.


Aku : Bagus la... lain kali boleh bawak lagi........ (Lega aku....)


Abang Nabeel : Ami -----watch----- Bedtime Stories---- eat ----popcorn----


P/s : Tanda ---- tu maknanya ada kata-kata Nabeel yang aku tak paham.
27hb Disember 2008


Honestly.......... I can't remember when is the last time my husband and me went out for a movie. Yeppp.... Seriously...... So when Zul asked whether I would like to watch a movie, I was like "NAAAAKKKKK".......




So kitaorang pun pergi tengok cerita Australia. Sebenarnya Zul memang dah plan nak tengok cerita ni lepas baca movie review dalam newspaper. Panjangnye mak ooooiiiii cerita nih.... dalam hampir 3 jam. Kami gi tengok kat Cineleisure di The Curve tu. Aku rasa excited sangat. Maklumlah dah lama tak tengok wayang. Rasa macam mula-mula dating, seram sejuk pun ada jugak... ye la panggung wayang memang tersangat sejuk... (blame it to the cinema....). (Masa bercinta dulu, 70% masa berjumpa selalunya kitaorang gi lepak kat panggung wayang... sebab hubby memang kaki movieee...). Sapa-sapa yang nak tahu cerita Australia nih... gi tengok sendirilah... Malas nak cerita dalam blog nih.... yang pastinye cerita dia best la jugak... Ada part kelakar... Ada part sedih....


Jakun sekejap sebab sekarang seat di bahagian belakang semuanya sepasang-sepasang. (Perkara ini membuktikan betapa lamanya aku tak ke panggung wayang). Jadi di bahagian tengah seat takde tempat letak tangan. Jadi sapa-sapa yang couple-couple tu bolehlah loving-loving. Duduk rapat-rapat. Perkara ini juga boleh menimbulkan satu perbuatan yang tidak baik.... kalau dah kahwin tu takpe la jugak, kalau belum kahwin syok lebih le diaorang.... Last-last jadi la extra movie dalam pangggung wayang tu.... Tak sesuai youuuu....



Anak dah masuk 3 orang...... lebih banyak tengok latest movie kat rumah jer. Zul memang pandai cari DVD "tut... tut..."???? Aku mesti berleter kat Zul... dialog aku selalunya macam ni... "Abang ni kalu beli DVD mesti ada gambar tut... tut... punya....". Lepas tu pukul-pukul manja kat Zul buat cover malu tengok cerita macam tu.......... Macam mana tak malu scene tut... tut... banyak sangat sebab tak ditapis dahulu macam kita tengok kat panggung wayang. Bayangkan tak ke malu kalau kadang-kadang yang nonton bersama kitaorang tu bibik aku atau kadang-kadang Acik pun ada sekali. Pelakon mana punya bontot aku tak pernah tengok???? Masa belajar kat Aus. lagi teruk.... cerita lagi la takde tapis-tapis.... Naik juling bijik mata aku.... Sebab tu kalu aku nak tengok DVD, aku tengok sorang-sorang, malam-malam. Biar semua orang tido.... Boleh la aku tengok dekat -dekat sikit????!!!! He!! He!! He!!!



Wednesday, December 24, 2008

Innalillah wa inna lillahi rojiun

Pak Lang, abang mama (satu-satunya anak lelaki tunggal dalam adik-beradik 6 orang) telah kembali ke Rahmatullah pada 18hb Disember 2008 lepas. Mama baru saja sampai dari Jakarta malam tu.... dalam pukul 1 lebih, abah call beritahu khabar tentang Pak Lang. Pak lang meninggal dunia akibat daripada sakit kencing manisnya. Mama dan adik-adik (Acik & Aicu) drive balik kampung dalam pukul 2 pagi tu jugak. Mama tanya aku tak nak ikut ke??? Aku tak dapat balik!!! Takde cuti.... Ya Allah!!! Terkilannya..... menyesalnya tak simpan cuti walau 1 hari. Aku tak dapat jumpa Pak Lang sebelum dikebumikan. Sampai sekarang masih rasa terkilannya!!!
Kadang-kadang bila duduk seorang teringat Pak Lang. Pak Lang memang kelakar orangnya. Kuat mengusik dan memang suka melawak. Ada aje modal nak pekenakan orang. Pernah sekali masa tu aku dan sepupu tengah makan malam kat dapur rumah tok chom (Tok Chom (Kalsom) tu mak mama aku... ). Biasala kami sepupu sepapat masa zaman anak dara dulu kalau berjumpa macam-macam bercerita terutamanya masa makan sampai kadang-kadang tu bekas kuah lauk kering kat tangan. Punyalah syok bercerita......... Tengah gebang-gebang tu, dengar orang bagi salam kat pintu dapur. Bunyi salam tu garau semacam aje (waktu ni kan tengah makan malam..... tu yang bertambah suspen tu....). Apalagi kami menjerit terlolong, lari ke ruang depan. Tinggal habis pinggan mangkuk berterabur atas meja. Rupanya Pak Lang dengan muka tersengihnya kat pintu dapur.
Ada sekali tu Pak Lang terjun dari tangga dekat ruang makan tengah rumah tok, nak pekena mak-mak saudara dia. Masa tu mak-mak saudara dia (ada sepupu tok chom yang duduk kat....,(apa ke nama tempat dia, atas sikit dari guar chempedak, nak dekat dengan Perlis dah???) suka tok ni... banyak cerita, tok ngah & tok cik.... (semuanya sudah meninggal dunia....)) tengah tengok tv. Terkejut habih tok-tok nih... siap ada yang melatah lagi... terutama sepupu tok tu la.... (Mama sapa yea nama dia???? Na lupa la???) Lepas tu boleh Pak Lang kata... tadi nak jerit ini penyamun.... tapi takut lak ada yang pengsan ka, sakit jantung ka. Ye lah yang nak diusik tu kan dah tua-tua.................
Semoga roh Pak Lang diberkati dan ditempatkan bersama roh-roh mereka yang dirahmati dan disayangi ALLAH. Oh ye... Pak Lang meninggal malam Jumaat........

Tuesday, December 23, 2008

Kelakar lak...

My Mother taught me about ANTICIPATION…
“Just wait until your father gets home.”

My Mother taught me about RECEIVING….
“You are going to get it when we get home!”

My Mother taught me to MEET A CHALLENGE…
“What were you thinking? Answer me when I talk to you! Don’t talk back to me!”

My Mother taught me LOGIC…
“If you fall out off that swing and break your neck, you are not going to the store with me.”

My Mother taught me MEDICAL SCIENCE…
“If you don’t stop crossing your eyes, they are going to freeze that way.”

My Mother taught me to THINK AHEAD…
“If you don’t pass your spelling test, you’ll never get a good job.”

My Mother taught me HUMOR…
“When that lawn mower cuts off your toes, don’t come running to me.”
My Mother taught me how to BECOME AN ADULT…
“If you don’t eat your vegetables, you’ll never grow up.”

My Mother taught me about GENETICS…
“You’re just like your father.”

My Mother taught me about my ROOTS…
“Do you think you were born in a barn?”

My Mother taught me about WISDOM OF AGE…
“When you get to be my age, you will understand.”

And my all time favorite… JUSTICE…
“One day you’ll have kids, and I hope they turn out just like you…. Then you’ll see what it’s like.”

P/s : Ambik dari kak Kujie buat hiburan sendiri.... Akak jangan marah eh....

Happy Birthday Nabeel!!!

Abang Nabeel dah umur 6 tahun dah....Happy Birthday Abang!!! Moga panjang umur dan bertambah pandai. Dah besar dan tinggi anak ami ni. Perut pun makin boooooiiiii...


Ayah belanja cupcake.


.

Alkohol

Buat pengetahuan teman-teman...

Masa baca majalah AL-ISLAM bulan Disember 2008 di BTB hari tu, aku terbaca tentang kek yang dimasukkan alkohol. Tujuannya untuk mencantikkan kek tersebut (bagi berkilat & nampak menarik) dan agar kek tersebut tahan lama. Contoh alkohol yang digunakan adalah seperti rum dan juga wain (merah & putih). Jenis rum la yang paling banyak digunakan.

Kalau nak tahu kek tu ada alkohol, chef yang ditemuduga dalam majalah tu bagi sedikit petua :

  • Seseorang akan berasa cepat "haus", jikalau memakan kek yang mengandungi alkohol.
  • Apabila kek diletakkan di lidah, seolah-olah berasa agak "panas" dan "meluap".

Buat kawan-kawan yang suka makan kek.... berhati-hatilah. Janganlah kerana nampak sedap, kita terrrrmasukkan benda yang haram dalam badan kita yer..... Luv your guys!!!!

Thursday, December 18, 2008

Toys

Abang cik datang rumah.... itupun sebab mama ada kat rumah.

Abang cik : Jom gi factory clearence sale kat Damansara.

Aku : Sale ape???

Abang cik : Crocs shoessss....... musti ada kasut turun harga nih....

Mama : Abiss...bila nak tukar duit mama??? (Oh ye... pada 15hb Dis lalu, mama gi Jakarta, Puncak & Bandung dengan the sis) Orang lain yang plan nak gi.... orang lain yang gi dulu)

Abang cik : Lepas tu la... kita gi tukar kat The Mines
Sampai sesat nak gi tempat tu.... somewhere atas sikit dari Bandar Sri Damansara. Bila sampai tempat tu, punyalah ramai orang.... siap kena beratur lagi sebelum dibenarkan masuk oleh guard dia. Bila dapat masuk, aku jenguk-jenguk tengok kasut crocs... ada tak yang design terbaru (yang comel-comel ada bunga tu....) Takde pun... yang ada design lama, agaknya yang first batch punya kotttt.

Tapi yang paling best.... toys jenama Fisher Price murah-murah beb!!!! Apa lagi aku ambik yang ni... huiiii... yang tu..... atas rak... bawah rak... Jumpa lak kotak kosong.... isi semua toys dalam kotak tu.
Abang cik : Bang cik angkut kasut crocs satu. Design lama punya la Kak Na.... Takde untuk Dalisa la... Tak cantik!!! Nampaknya kena beli yang full price untuk Dalisa & Alisha la ni....

Abang cik ambik toys dan avent bottles. Boleh la tahan harga dia. Murah skit dari beli kat shopping mall. Lepas check balik barang mana nak beli... akhirnya aku beli 3 ketul aje toys. Gaji tak dapat lagi nih... mana boleh belanja banyak sangat. Itupun toys untuk baby Nazrin.........






Nasi Padang Puti Bongsu Batam

Zul : Lapar laaaa.... Cepat la siap....

Na : Nak belanja Na makan kat luar yea....

Zul : Nak makan apa???

Na : Na tak nak makan nasi. Semalam Makcik Salmah masak, 3 kali Na tambah nasik. Habis diet...

Zul : Makan nasi la.... Tadi makan roti jer....

Na : Nak gi Hokaiddo ke??? Kat situ sayur die sedap-sedap.
Zul : Tak nak...

Na : Pelita???

Zul : Tak nak.... Hari tu kat Bukit Bintang, kita makan apa???
Na : Kita makan ketam, udang butter dengan sayur pucuk ubi goreng bawang putih.

Zul : Kita gi Bukit Bintang lah.... makan ketam, udang dengan lala.

(On the way... Jalan Chan Sow Lin)

Na : Tak nak makan nasi padang???
Zul : A'a.... Okey gak... dah lama tak makan nasi padang....
Oleh itu, kitaorang pon pegi la Restoran Nasi Padang Puti Bongsu Batam (kalau tak silap nama die). Restoran tu menghadap KLCC (kat jalan apa tah???).





P/s : Abang jangan jadi chubby-chubby macam orang-orang yang duduk sebelah meja makan kita.... tu la kalu asyik nak makan nasi jer!!! I tak rela you......... nanti peluk tak sampai tangan!!!



Binatang ape ni???


Balik dari kerja semalam, buka gate rumah.....


Apa benda yang tergantung kat pokok orkid aku tu???? Berbulu colour perang-perang gelap tengah bergayut kat bawah gazebo tu???? Ular ke??

Aku pun menjengah perlahan-lahan.....

Binatang ape ni???

Lemur??? Sloth??? Species monyet??? Kongkang???

Sapa tahu???























Monday, December 15, 2008

NAZRIN NIZAMUDDIN BIN ZULKIFLI


Perkenalkan Nazrin Nizamuddin Bin Zulkifli, anakku yang ketiga. Masih baby lagi. Baru berusia 8 bulan. Nama Nazrin, Wan dan Acik yang berikan idea dari nama anak sultan Perak, Raja Nazrin tu. Ayah carikan nama belakang aje. Mula-mula Wan kata letaklah nama Najib..... (rasanya dia nak pekena ayah??? Sebab dia tau ayah orang PAS!!!) ayah gelak besar....... Tak payah la nama tu!!! kalu macam tu apakata letakkan nama Nazrin, mana tau esok besar jadi macam raja Nazrin tu, belajar sampai PhD, dapat la pangkat doktor.... Wan cakap. Okay gakkkk.... ayah kata. Acik dengan Aicu kata Nazrin nanti besar jadi model/angkasawan/ doktor. Nak ikut sapa tuuuu???? Berangan betul diaorang.....
Pengalaman bersalinkan Nazrin ni kelakar betul.... Pagi tu boleh pegi kerja lagi, Malam dalam pukul 8 lebih, rasa dah macam tak sedap badan. Pinggang dah rasa sengal-sengal. (kalau ikutkan pengalaman anak kedua, kalau dah cukup time nak bersalin, aku akan sakit pinggang.... macam nak tercabut rasanya pinggang aku). Alamak..... dah susah hati ni.... Eiiiiii.... takutnya nak bersalin...... Sakit wehhhhh!!!! Pukul 4 pagi ajak Zul gi hantar ke HUKM..... sebab sakit pinggang dah tak tertahan dahhhhh.........

Dah sampai HUKM boleh okay lak. Tak sakit ponnnn.... Naik malu lak kalau kena halau balik ke... sebab aku dah siap duduk atas katil sambung tido dan makan sarapan. Paginya malu lak kat doktor bila diorang datang check, tanya aku..... Puan ada rasa sakit contraction tak??? Aku jawab takde pulak... Pukul 12 tengah hari, lepas makan doktor panggil.... kita pecah ketuban katanya. Haaaa... pecahkan lagi. Tiga-tiga anak kena pecahkan air ketuban dulu..... belum apa-apa dah suspen dah.........

Kali ni bila pakar bius datang tanya aku nak epidural ke, aku kata tak nak la doktor.... nanti saya sakit pinggang. Mana ada???? kata doktor yang sungguh peramah tu. Iyeeee... doktor, masa anak pertama dulu, saya guna epidural, lepas tu sakit pinggang sampai sekarang. Bagi la saya drug jenis lain...... bagi saya gas!!!!. Okey.... tapi ingat... sakit bersalin 100 kali ganda dari sakit you sekarang. Sure you boleh tahan???? Bolehlah doktor.... doktor jangan la takutkan saya.... Mana saya takutkan you.... saya beritahu perkara yang sebenar!!! Bagi saya gas jelah doktor. Okey, okey.... tapi kalau you nak epidural mesti sebelum office hours tau!!!! Okey!!! Okey!!!!
(Pengalaman sedut gas......... best woooo........ sekali sedut, terus terbang melayang-layang ke angkasa. Sakit tu rasa macam nun jauh di bumi. Nikmatnyaaaa....... dan aku sedut........sedut ..... dan sedut....... walaupun tak sakit!!!!) Dalam kekaburan mata.... (sebab tak pakai cermin mata.... iyeeee...aku ni rabun jauh) dan dalam keseronokan menyedut gas.... aku dengar.... budak ni dah overdose nih!!! Dah time nak bersalin nih!!! Ada la akak nurse mana tah cakap. Ambik dia pun gas..... Jangan.... saya nak gas... nak gas...bagi balik gasssssss.......


Bersalin Nazrin ni susah sikit sebab nazrin lebih besar dari abang-abang dia. Lagi satu sebab aku dah letih..... kesan sedut gas banyak sangat. Siap cakap kat doktor (kali ni bersalin 2 orang doktor perempuan tuuuu....) tak mau dah.... tak mau dah.... Mana boleh tak mau.... baby dah nak keluar ni... Tempik doktor tu kat aku. Aku rasa kali ni aku teran banyak kali baru baby keluar. Lembik betul lepas tu.... Patut la susah nak keluar, tersangkut hidung tinggi sangat. Aku dengar doktor cakap.... Wehhhh...kali ni dapat anak hidung mancung??? Bila tengok takde ponnn.. Berat nazrin 3.01kg.........

Perkara yang aku paling tak tahan dalam wad bersalin, suamiku punya hp tak renti-renti berbunyi. Ni orang tengah sakit ni...Dia punya hp..... ping.... pong.... tut... tuttttt...tet...tretttt... Rasanya macam nak rampas hp tu dan baling ke dinding jerrr.... Dia lak sibuk jawab hp.... bukannya tolong aku. Last-last dia cakap kat mak aku, Nana salin senang je... 2 kali push..... Mana 2 kali.... banyak kali laaaaa....... Hangin betul aku..........

Nazrin kena demam kuning lama betul. 2 minggu aku asyik ulang-alik klinik kesihatan kat kampung di Kulim tu. Sampai naik boring aku dan mama jumpa nurse. Nazrin lagi teruk.... hari-hari kena cucuk tumit, ambik darah. Kalau klinik kesihatan tutup, kena gi hospital lak. Cuaca kat Kulim lak selalu mendung. Tak dapat nak jemur nazrin pagi-pagi.... selalunya Wan yang bawakkan Nazrin kalau ayah balik KL.


Huiiiii.....anak ami yang ni ada 2 pusar rambut di kepala. Orang tua-tua kata, kalau ada 2 pusar, bijak lebih, nakal lebih, semuanya lebih ni....... Tapi nak jaga Nazrin senang aje. Paling bagus anak ami ni, malam tido takde masalah. kalau terjaga bagi susu terus tido balik. Tidur malamku enak sungguhhhhhh.......




Nazrin paling suka kalau abang-abang datang main dengan dia. Yang paling rajin main dengan Nazrin, abang Nadeem. Nadeem suka tido sebelah Nazrin, sambil pegang tangan Nazrin. Nazrin mesti suka sampai ternganga mulut...... Yang tak syoknya bila ami beli mainan Nazrin...abang-abang dia yang main dulu. Nazrin punya marah sampai mulut berbunyi-bunyi......

p/s: Nazrin tak merangkak lagi.... tapi mengesot laju betul............