Monday, January 19, 2009

Haagen-Daas

3hb Januari 2009


Tak tahu la dengan perangai Nadeem sekarang ni. Asyik mintak nak makan ais krim semenjak dua menjak nih. Masa keluar ni kitaorang plan nak beli layang-layang dekat kedai nama Windchaser kat 1 Utama tu. Lepas beli layang-layang, Nadeem menjerit-jerit hendak makan ais krim. Bayangkan satu level tu pandang aje kitaorang. Mesti orang ingat kitaorang ni pukul anak ke hapa. Aznil Nawawi & family yang tengah makan kat restoran pancake tepi tu pun dah tertoleh-toleh tengok anak sapa la bising sangat ni.


Takde alternative lain nak bagi Nadeem diam.... ini aje yang jumpa...... rabak duit mak bapak dia hoooooo.......



Ami nak rasa jugak.... vanilla my fav.... satu scoop ni harga dia RM13 hinggit. Giler mahal!!!!

Nadeem dengan penuh khusyuk mengadap coklat ais krim

Baby termenung aje la.... Ami bagi sikit ais krim bagi rasa.... tapi ayah tak bagi makan banyak sangat.....


Termenung hape budak nih????

Cepat makan... tak mahu tunggu lama-lama kata ayah....

No comments: