Honestly.......... I can't remember when is the last time my husband and me went out for a movie. Yeppp.... Seriously...... So when Zul asked whether I would like to watch a movie, I was like "NAAAAKKKKK".......

So kitaorang pun pergi tengok cerita Australia. Sebenarnya Zul memang dah plan nak tengok cerita ni lepas baca movie review dalam newspaper. Panjangnye mak ooooiiiii cerita nih.... dalam hampir 3 jam. Kami gi tengok kat Cineleisure di The Curve tu. Aku rasa excited sangat. Maklumlah dah lama tak tengok wayang. Rasa macam mula-mula dating, seram sejuk pun ada jugak... ye la panggung wayang memang tersangat sejuk... (blame it to the cinema....). (Masa bercinta dulu, 70% masa berjumpa selalunya kitaorang gi lepak kat panggung wayang... sebab hubby memang kaki movieee...). Sapa-sapa yang nak tahu cerita Australia nih... gi tengok sendirilah... Malas nak cerita dalam blog nih.... yang pastinye cerita dia best la jugak... Ada part kelakar... Ada part sedih....

Jakun sekejap sebab sekarang seat di bahagian belakang semuanya sepasang-sepasang. (Perkara ini membuktikan betapa lamanya aku tak ke panggung wayang). Jadi di bahagian tengah seat takde tempat letak tangan. Jadi sapa-sapa yang couple-couple tu bolehlah loving-loving. Duduk rapat-rapat. Perkara ini juga boleh menimbulkan satu perbuatan yang tidak baik.... kalau dah kahwin tu takpe la jugak, kalau belum kahwin syok lebih le diaorang.... Last-last jadi la extra movie dalam pangggung wayang tu.... Tak sesuai youuuu....
Anak dah masuk 3 orang...... lebih banyak tengok latest movie kat rumah jer. Zul memang pandai cari DVD "tut... tut..."???? Aku mesti berleter kat Zul... dialog aku selalunya macam ni... "Abang ni kalu beli DVD mesti ada gambar tut... tut... punya....". Lepas tu pukul-pukul manja kat Zul buat cover malu tengok cerita macam tu.......... Macam mana tak malu scene tut... tut... banyak sangat sebab tak ditapis dahulu macam kita tengok kat panggung wayang. Bayangkan tak ke malu kalau kadang-kadang yang nonton bersama kitaorang tu bibik aku atau kadang-kadang Acik pun ada sekali. Pelakon mana punya bontot aku tak pernah tengok???? Masa belajar kat Aus. lagi teruk.... cerita lagi la takde tapis-tapis.... Naik juling bijik mata aku.... Sebab tu kalu aku nak tengok DVD, aku tengok sorang-sorang, malam-malam. Biar semua orang tido.... Boleh la aku tengok dekat -dekat sikit????!!!! He!! He!! He!!!
No comments:
Post a Comment