
Thursday, January 28, 2010
HAPPY BIRTHDAY!!!!!

Wednesday, January 27, 2010
Pasembor anyone?????
Cuba gak try sotong kangkung dia... tak berapa best la...

Mari membaca
Tapi yang malasnya warehouse sale nih... kena berebut dan meredah orang ramai nak dapatkan buku yang berkenan di hati... kadang-kadang tu nak capai buku kat atas meja tu pun tak sampai dek tangan.....



Innalillah wa inna lillahi rojiun

Monday, December 21, 2009
KENA TUKAR....
Kena tukar department weh..... kuatkuasa 4hb Januari 2010.....dari service kena technical....
Baru 2 tahun kat BPM nih.... ingatkan tak kena.... rupa-rupanya kena jugak....
Ofis baru kat blok B.... lagi la jauh nak jumpa kawan.... saja je kot En. Amir nih.... bagi tempat jauh-jauh... tak bagi aku merayau-rayau tu....
Ofis baru lagi cantik.... besaq sikittttt........
Kerjaaaaaaaaaaa????????????
Kerja pun lagik cantikkkkk.... banyak deal dengan vendor... tapi kali nih database vendor.....
Excited jugak!!!!.....

P/s : Baru masuk 7 tahun kerja.... dah 3 department aku ditugaskan.......... makes my job more lively and interesting..... ALHAMDULILLAH........
Thursday, December 17, 2009
CONFIRM!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Thursday, December 10, 2009
Sunyi...
Bermanja-manja dengan mak sendiri ni lain sikit rasanya..... dengan hubby kalau nak manja-manja nanti jadi lain (apa tu????) dengan mak kita manja-manja dapat makan sedap.... tak yah masak... tu yang syok tu...........
Kalau mama ada... macam-macam yang kitaorang bualkan depan tv tu............ tu yang buat riuh rendah rumah ditambah lagi dengan jeritan bebudak 3 ketul yang nak tengok channel kesukaan masing-masing......... campur lagi dengan suara jerit ami yang nak juga tengok tv.... ami mesti jerit.."ami's turn...ami's turn"....
Mama dengan bebudak tu memang kasi chance betul.... "bagi jelah... pening kepala aku dengar diaorang menjerit..."... oh ye.. mama peminat Hallmark Channel.... tapi pukul 8 malam dia wajib tengok berita TV3.
**********************************************************************************
Dua hari lepas pergi checkup preggy (8 Dis 09)...... dah masuk 6 bulan dah... cepat betul masa berlalu... lagi 3 bulan aje lagi.... suspen..suspen...
Kali ni doktor cakap aku kurang darah.... "awak suka minum kopi, teh????" doktor tanya.... "saya hari-hari mesti minum teh tarik doktor" aku jawab dengan bangganya.....
"Macam nilah... kurangkan minum teh tu...kalau boleh jangan minum langsung, gantikan dengan jus atau air kosong...".... huihhh...bahaya nih.... nanti bersalin kurang darah... sesangat bahaya.... (cakap dalam hati nih...)untuk keselamatan anak dan diri sendiri akan ku tukar tabiat minumku
Doktor cakap, berat badan aku nak cepat sangat... bulan lepas baru 64kg.... bulan ni 67.5kg.... memang mood makan tengah gila-gila ni.... tapi kena pastikan jangan lebih 70kg... kalau tidak nak turunkan balik berat badan susah ooooo...........
Sampai sekarang tak confirm lagi baby punya jantina.......... mama dah bising sebab plan dia nak buat sarung bantal dan cadar tak berjalan lagi.... (sebenarnya dia teringin buat sarung bantal dan cadar color pink!!!!) tapi sebab jantina baby tak confirm, dia tak berani nak beli kain.... lepas tu mesti dia membebel... kain pink yang dia berkenan kat Harisson dah habis orang beli.... dah takde kain yang cantik-cantik........ takpelah mama... kita buat cara selamat.... kali ni kita buat sarung bantal cream lak... okay tak????
P/s: Abah masuk astro... channel 732, Crime & investigation channel, pasal "Al Maunnah", 13hb Dis 09 nanti, jam 9 malam.... sapa-sapa yang subscribe channel tu bolehlah tengok.... Jumaat ni baru nak subscribe... untuk sebulan aje.... tambah lagi RM10 hinggit bil astro tu....
Friday, December 4, 2009
Bebudak comel 3 ketul
Gambar nih diambil oleh Paksu masa fuang turun KL, nak hantar Paksu gi balik Mesir
Bebudak ni tak mandi lagi nih.... ucuk acam...tapi sedap bila dicium...
Wednesday, December 2, 2009
Nak jadi cerita.....
Raya haji ni tak balik kampung... baik sebelah Kulim mahupun sebelah Johor.... Keadaan tidak mengizinkan.....
Tapi nasib baik jugak tak balik kampung... bebudak 3 ketul tu sakitlahhh.... semua ada, demam, batuk, selsema... kena pulak betul-betul hari jumaat tu... klinik melayu sah-sahlah tak bukak... nasib baik ada klinik india kat kawasan rumah yang bukak.... dapat jugak jumpa doktor....
Nabeel sampai tak bergerak langsung...... kesian pulak tengok dia.... terbaring aje...... kalau sihat, tak gheti duduk diam langsung.... Nadeem dan Nazrin lambat sikit berjangkit........
Dah 5 hari nih... batuk Nadeem tak baik-baik lagi...... lembik aje rupanya..... kalau tidak dengan aksi lompat melompat dan suka bergusti dengan abang Nabeel sebab berebutkan playhouse disney channel tu... tu tak termasuk menjerit sekuat hati sebab apa yang dihajati tak kesampaian... aduhai perit telinga mak dia....
Nazrin pulak asyik panas aje badan dengan kepala....Yang syoknya... Nazrin nak dekat ayah dia aje... berdukung ajer... siap tidur pun nak dengan ayah dia... ami dia kena tido tempat lain... tapi I tak kisahhh..... I boleh rileks-rileks youuuu.... yelah... kalau nak berdukung aje... maunya cepat bersalin karang aminya nih... ngeri beb....
Yang tak syok pulak....... I tak cukup tido lah.... dah lah kita ni kaki tido.... tiap-tiap malam asyik berjaga aje.... bawah mata nih dah naik hitam... hilang kecomelan ami korang nih....Takpe nanti cuti hujung minggu, qada balik tido...
Soooo... dalam beberapa hari nih...monyok aje bebudak 3 ketul tuh....... Rumah jadi sunyi sepi lak...
P/s: Wah E... ko pergi jalan-jalan London yer.... dalam diam-diam, dah merata tempat ko berjalan....... itulah nama rezeki yer.....
Monday, November 23, 2009
Akibat percaya seratus peratus
‘‘Tetapi anggapan saya itu salah, sebaliknya kalau macam mana kita sayangkan suami kita, tetapi jangan percaya seratus peratus, sebab kita wanita boleh menjaga hati dan perasaan kita supaya tak jatuh cinta lagi, tetapi kita tidak tahu apa yang tersembunyi dalam jiwa raga dan perasaan suami kita itu,’’ kata Zuraini dalam e-melnya kepada penulis.
Menurut Zuraini, dia berusia 36 tahun dan mempunyai sepasang cahaya mata yang berumur 8 dan 5 tahun.
``Perkahwinan kami dulu merupakan pilihan sendiri atas dasar cinta yang mendalam, begitu juga saya rasakan dalam hati suami saya Zam. Jadi saya memberikan dia sepenuh kepercayaan kepadanya sambil berpesan supaya dia tidak mengkhianati cinta kita kerana buruk padahnya.
‘‘Kerana sayang dan cinta jugalah saya memberikannya sepenuh kesetiaan. Dan saya tidak pernah menghalang dia berbuat apa sahaja yang menjadi hobi dan kegemarannya. Saya juga tidak kisah kalau dia nak balik rumah lewat malam kerana bekerja atau nak berjumpa kawan-kawan lelakinya.
``Dia pernah beritahu dia tak mahu hidupnya rasa terkongkong, jadi saya beri dia sepenuh kebebasan, namun dengan syarat dia tidak curang kepada saya dan keluarganya. Dia akur.
‘‘Kerana kepercayaan yang diberikan saya akui hidup kami memang sangat bahagia dan saya dapat rasakan antara kami langsung tiada masalah besar. Kami juga mempunyai talian yang erat antara saudara mara, ipar duai serta ibu bapa mertua.
‘‘Tetapi apabila hampir 10 tahun berumahtangga awal tahun ini rahsia dia menipu saya terbongkar. Ceritanya begini, satu hari saya meminjam laptopnya, kerana perlu menghabiskan kerja saya yang tergendala disebabkan urusan kerja yang banyak di pejabat.
Tergerak hati
‘‘Nak jadikan cerita sehabis saya menyiapkan kerja pejabat, tiba-tiba tergerak hati saya untuk melihat folder pinture dalam laptopnya. Ketika itu dia tidak ada di rumah. Terkejut saya bila mendapati dia menyimpan gambar-gambar perempuan kenalannya.
‘‘Berdebar jantung saya, kerana selama ini saya tidak pernah check laptop atau pun handphone dia kerana saya percayakan dia. Ketika itu hati saya jadi panas, lantas saya set gambar perempuan itu sebagai wallpaper dan biarkan laptop terbuka. Saya mengunci diri dalam bilik kerana terlalu sedih ditipu.
‘‘Dipendekkan cerita, bila dia balik kami bertengkar, dia mengaku baru berkenalan dengan perempuan itu 2 bulan lalu. Dia selalu call, mesej dan sms perempuan itu serta menyimpan gambar perempuan itu dalam beg duitnya.
‘‘Tetapi bila saya selidik mereka dah berkenalan lebih setahun. Saya kecewa lagi kerana ditipu, sedangkan saya telah beri amaran yang saya tak boleh terima jika dia ada perempuan lain dalam hidupnya.
‘‘Saya sedih kerana sebagai isteri dalam sehari sekalipun dia tak pernah call saya kecuali ada kecemasan, hantar sms, mesej ataupun chat dengan saya. Tetapi dengan perempuan itu, dia boleh layan macam-macam. Hinggakan dia pergi umrah (percuma-company bayar-bukan atas keinsafan diri) pun dia masih berhubungan dengan perempuan itu dari sana. Ini terbukti bila dia tersalah hantar mesej untuk perempuan itu kepada saya.
‘‘Setakat ini kami masih lagi bersama kerana saya memberi peluang kedua kerana dia berjanji tak akan buat lagi dan telah memutuskan hubungan dengan perempuan itu. Tetapi jauh di lubuk hati, saya amat terluka kerana saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan sempurna.
‘‘Saya amat kecewa dan saya selalu menangis. Cuma kali ini saya beri peluang kepada dia, tetapi selepas ini saya akan sentiasa memantau kerana sekali saya terkena, tak mustahil dia tidak akan menipu saya lagi.
‘‘Saya juga telah memberikan kata dua kepadanya, jika dia mengulangi perbuatan nya itu, saya akan menuntut cerai. Saya tak takut apa nak jadi jadilah. Walaupun selama ini saya percayakan dia seratus peratus, tetapi selepas peristiwa ini, saya rasa kepercayaan pada dia hanya sekitar 30 peratus sahaja. Saya cuma menunggu dan melihat apakah nasib saya selepas ini.
‘‘Saya sedih kerana sebelum ini keluarga kami tenang dan gembira sahaja selama ini. Rupa-rupanya dalam diam-diam ada unsur kecurangan di pihak suami saya.
‘‘Jadi di ruangan ini saya ingin menasihatkan kepada semua isteri-isteri, berhati-hatilah dengan suami anda, dan benar kata orang, ‘‘jangan percayakan suami seratus peratus, jika dia curang hidup kita hancur. Dulu memang saya tak percaya nasihat tersebut kerana suami saya ok, baik, tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, baru saya faham.
‘‘Dan satu lagi pesanan saya, sekiranya seseorang itu telah berbohong dan menipu anda, maka tak mustahil dia tidak akan terus menipu dan berbohong kepada anda, sehingga jiwa anda menderita, perniagan dan pekerjaan anda hancur. Kerana setiap kali seseorang itu berjaya menipu orang dia merasa satu kejayaan dalam hidupnya.’’
Iktibar
Demikian cerita Zuraini panjang lebar tentang pengalamannya ditipu kerana terlalu percayakan suami .
Seperti kata Zuraini, pengalaman hidupnya baik untuk dijadikan iktibar dan pedoman kepada kaum wanita, biasanya kerukunan rumahtangga itu akan runtuh dan hancur apabila salah seorang pasangan itu telah bertindak curang mendustai pasangannya demi kepentingan hidup dan dirinya sendiri sahaja.
Kalau tak percayakan suami, dituduh tak setia, cemburu buta dan macam-macam tuduhan lagi, tapi kalau dah percaya sangat inilah akibatnya. Oleh kerana itu percayalah setakat mana anda boleh percaya, kerana lebih utama kasih dan sayangi diri anda sendiri.
(Utusan - 22/11/2009)
P/s: Macam pernah dengar je cerita ni..... sapa yang cerita yea.... kawan yang mana yea???!!!! Cuma cerita dia ada lain sikit..... Buat sahabatku...tabahkanlah hatimu....... Aku sentiasa bersamamu jika kau memerlukan aku.............
Kegemaran masa lapangku........ Baca "Dicelah-celah kehidupan" Utusan setiap hari ahad.... buat pedoman dan ikhtibar.....
Thursday, November 19, 2009
Innalillah wa inna lillahi rojiun
Aku dapat telefon dari abah............
Na baliklah............
Kenapa abah????
Pak Dak dah takda......
(Terdiam aku sambil beristighafar dalam hati)
Okay.... nanti Na uruskan dengan Bang Cik & Abang Zany.......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semua nih jadi masa hari Isnin (9hb Nov 2009).......
Abah suruh balik dah lama dah....... tapi aku tangguh-tangguhkan.......
Sebabnya...........takde cuti dan yang utamanya aku takde duit!!!
hari rabu (11hb Nov 2009) mama telefon.... katanya Pak Dak dah nampak ok sikit
Rancang dengan Bang Cik balik hari Sabtu jelah.... mana tau kot-kot.... Zul dapat duit dalam 2, 3 hari tu..........
Tapi umur Pak Dak tak panjang rupanya....... Allah lebih sayangkan dia......
Pak Dak menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Khamis (12hb Nov 2009).....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam tu kami sampai Taiping.......... dalam pukul 12 lebih........... dah malam........
Abah, Mak Uda dan yang lain tengah baca Al-Quran........
Aku, Zul, Bang Cik & Abang Zany ambil Yassin dan baca.............
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tak sampai hati tengok Mak Dak..........
Asyik duduk sebelah jenazah Pak Dak dan tengok aje muka Pak Dak........ kadang-kadang Mak Dak usap rambut Pak Dak..........
Mama sedih.......... Aku pun sedih................
Cakap kat Aika......... kalau kena kat kita, macam mana ye????
Air mata aku............... mengalir juga.................

Tuesday, November 17, 2009
Habis.....macam mana?????
Aku tanya Zul.... Boleh ke tidak dia terima tajaan tu???
Zul : Yang penting tak ada kena mengena atau job yang boleh dikatakan balas budi balik......
Aku : Hummmm..... tapi dalam Paper Star cakap orang yang nak taja tu ada kena mengena (berurusan) dengan anak menantunya yang CEO tu..... Yang nak pergi sekali ke Mekah tu pun anak menantu yang CEO nilahhhh........Habis macam mana....
Zul diam......
Aku cakap lagi.... masa Na kerja kat Bahagian Perolehan dulu.... apa yang pembekal bagi terutamanya yang nak masuk mulut (makanan la tu...), Na bagi kat staff lain......... Na tak berani makan......... Sedangkan yang kita dok terima organizer, diary, executive planner pun sebenarnya salah sebab integriti......... sebab ada kepentingan...... habis yang ni macam mana yea????
Zul : Rumah dia biasa aje. Gaji pun potong untuk rakyat. Bukannya dia ada banyak duit..........
Aku : Bang.... Na pun potong gaji untuk tujuan sedekah.... Nak bagitau orang jugak ke........ Takkanlah gaji dia potong semua.......... anak bini dia nak makan apa......
Zul diam balik............
Aku : Habis tu........ boleh ke tak???
Zul diam jugak........
Habisnya macam tu ajelah perbualan kami......... tak ada penghujung....... tak ada penutup.......... tak tahulah...... dalam hati aku kata salah........ pendapat Zul........ diam jer...... (dalam hati dia?????).... habis.... macam mana?????
P/s : Masih ingat abah buang udang besar, ikan dan ketam dalam tong sampah masa jadi OCPD Baling dulu......... Mama tak tahu..... sapa hantar ke rumah bukannya mama kenal....... orang dah bagi, mama ambik je lahhhh..... rupa-rupanya yang bagi seafood tu tauke judi!!!!!!!
Thursday, November 12, 2009
DOSA BERKUKU PANJANG DAN AMALAN MEMAKI CINCIN
THE TRUTH
Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Wanita yang menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll, janganlah berkuku panjang kerana dikhuatiri dengan jari yang yang panjang dan kotor, apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala anak-anak. Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah
ADDITIONAL INFO
memakai cincin pakailah di
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut AS.
P/s 1: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam Senang aje kita nak dapat pahala
RAHSIA HARI MEMOTONG KUKU
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

BILA ANAK DIAJAR BERMEWAH
''Kerana risaukan keselamatan mereka, kami menghantar mereka ke sekolah rendah agama swasta bagi membolehkan mereka mendapat ilmu dunia dan akhirat.'' Demikian cerita Rozieyanti dalam emelnya.
''Namun saya dapati sebagai ibu bapa kita perlu bertindak lebih berhati-hati, kerana masalah mereka tetap sama. Kerana itu saya jadi ibu yang kedekut tidak memberikan mereka kemudahan handphone, saya jadi ibu yang jumud dengan tidak menyediakan kemudahan internet di rumah.
Sementara itu Dalila dalam e-melnya mengakui kehidupan remaja kini terlalu berbeza dengan zaman dulu. Semuanya kerana mereka terlalu dilimpahi dengan wang ringgit hinggakan mereka terdedah kepada budaya kuning.
''Walaupun ibu bapa telah memberi pendidikan agama yang terbaik, itu belum cukup untuk menjamin corak kehidupan mereka menjadi baik. Ini kerana mereka berpura-pura baik di hadapan ibu bapa, di belakang dialah raja.
''Saya dapati sikap mereka mula berubah ketika di tingkatan 2 atau 3. Perubahan mereka lebih mendadak setelah memasuki ke IPT .
''Sebagai ibu bapa kita hanya boleh berdoa agar keturunan kita terpelihara. Namun saya tidak bersetuju jika anak-anak sekolah diberikan telefon tangan. Kerana banyak perkara buruk boleh berlaku. Tak cukupkan kemudahan telefon awam yang ada di sekolah jika ada perkara penting perlu diberitahu kepada ibu bapa?
''Dulu saya ditawarkan oleh ayah telefon tangan tetapi saya tolak kerana saya mahu tumpukan ketika belajar. Saya mula ada telefon tangan bila masuk IPT,' katanya.
Sementara itu, Kamal dalam emelnya memberitahu orang yang sering merosakkan hidup anak-anak adalah ibunya sendiri. Contohnya isteri saya. Anak darjah 4 dah diberi telefon tangan, alasannya senang nak hubunginya kalau ada apa-apa terjadi.
''Rasanya tak ada apa nak jadi, sebab anak-anak pergi balik sekolah naik van. Kalau van rosak pemandu van akan hubungi kami. Tepat waktunya anak-anak balik rumah dan kita boleh telefon rumah pastikan kalau bimbang. Jadi apa perlunya telefon tangan?
''Pada saya semuanya kerana ego, bangga diri dan nak ikut gaya hidup kawan-kawan pejabat. Orang lain beri anak handphone dia pun nak ikut. Dua anak sekolah nak siapkan dua telefon tangan. Kalau boleh agaknya yang di tadika tu pun dia nak bagi telefon tangan. Puas saya nasihatkan tapi dia tak pedulikan.
''Lepas tu bila habis kredit kita pulak disuruh top-up. Saya tak pedulikan. Dia pandai beri jangan susahkan saya. Sekarang baru darjah 4 top-up seminggu mencecah RM20 itu belum masuk menengah lagi. Jadi siapa yang salah kalau anak-anak nak lebih daripada apa yang kita termampu untuk membesarkannya. Kerana salah kita sendiri.
''Itu baru telefon tangan, belum masuk kasut dan pakaian. Semuanya nak yang berjenama, tak ada 'brand' tak mahu pakai. Salah siapa, kalau bukan si ibu sejak kecil lagi ajar anak pakai pakaian berjenama. Itu belum ke sekolah menengah lagi! ''Kadang-kadang saya naik takut tengok perangai isteri saya, yang menyediakan segala-gala yang mewah untuk anak-anaknya yang masih kecil. Kerana saya bimbang sifat bermewah-mewah ini terbawa-bawa bila mereka dewasa nanti. Saya jamin tiga empat tahun lagi belanja hidup seorang anak saya akan meningkatan ratusan ringgit sebulan.
''Lebih parah duduk KL, gaya hidup anak-anak lebih hebat, tambahan bila mereka sudah berkawan, nak tengok wayang lah dan entah apa-apa lagi. Sebab itu kita perlu didik mereka berjimat cermat, bukan kedekut, tetapi hati-hati, sebab langit tak selalu cerah, kalau salah seorang dari kami tak berkerja apa nak jadi. Sakit! Sakit!
''Bagi saya bukan sekat tetapi kita mesti berjimat cermat, supaya kita boleh menyediakan yang terbaik untuk anak-anak apabila mereka dewasa nanti, di samping melatih mereka tidak boros demi masa depan mereka sendiri.
''Saya tak salahkan isteri saya saja, malah sesetengah teman pejabat saya baik lelaki mahupun perempuan mempunyai perangai yang sama. Sedangkan pendapatan mereka termasuk isteri saya bukanlah banyak sangat. Tetapi nak bergaya bagaikan jutawan.
''Saya dah boleh agak dia mesti nak bagi anak-anak kereta bila besar nanti. Niat itu baik, tetapi dia mestilah dilatih berjimat cermat, kerana selagi anak-anak ini tak bekerja, mereka akan korek duit kita untuk mengisi tangki minyak mereka. Mampukah kita bila usia semakin tua nanti? Apabila tanggungjawab semakin besar?
''Satu lagi perangai isteri saya tak mahu berikan pakaian terpakai anak sulung untuk digunakan oleh adiknya. Bila pakaian tak muat terus buang. Beli baru. Sedangkan pakaian tersebut masih elok lagi, ia cuma tak muat lagi, mungkin adik-adiknya boleh pakai. Sifat membazir begini saya lihat jadi ikutan anak-anak kami. Suka membazir.
''Demikianlah juga perangai isteri saya berpakaian. Setiap bulan saya perhatikan ada saja pakaian baru. Itu belum masuk beg tangan, kasut, tudung dan sebagainya. Bila dah tak ada fesyen lagi tak mahu pakai, buang, atau diambil pembantu rumah. Apa salahnya berikan kepada saudara mara di kampung, mungkin ada yang berminat.
''Begitu juga tentang makanan, isteri saya memang tak tahu berjimat. Masak banyak-banyak tapi anak tak makan. Yang kenyang tentulah pembantu rumah atau tong sampah. Kesimpulannya perangai buruk anak-anak terpulang kepada didikan ibu bapanya sendiri. Kalau dari kecil sudah diajar hidup mewah, perangai itu menjadi lebih teruk apabila mereka meningkat remaja.'' Demikian cerita Kamal panjang lebar.
Memang tepat anak-anak bagaikan buluh, mereka boleh dilentur jika semasa rebung. Semuanya terpulang kepada cara ibu bapa mendidik mereka sejak kecil sama ada menjadikan mereka nasrani, yahudi atau muslim sejati. Jangan salahkan anak-anak bila mereka memberontak tak mendapat kehendak hati setelah remaja nanti.
Thursday, November 5, 2009
Hari Jadi Nadeem Ke-5
Sayanggggggg anak bertuah ami sorang nih...........

Di suatu ketika itu......
Tuesday, November 3, 2009
Raya @ BPM 2009







Sebelum balik.... kena beratur...... jangan lupa ambik duit raya!!!!Monday, October 26, 2009
APC dan Kenaikan
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang......
&
Kenaikan Pangkat dari S41 ke S44
SYUKUR ALHAMDULILLAH..........rezeki Nabeel, Nadeem, Nazrin dan baby dalam perut.......
P/s: Dengar-dengar juga ada orang pertikaikan..... tapi buat dunno jer....... Bukan keputusan aku yang bagi kenaikkan kat orang....tapi KETUA kan!!!!! Tapi la kan..... mana ada orang yang tak nak pangkat...... Cuma rezeki tu Tuhan nak bagi kat kita cepat atau lambat aje....... Oleh itu usah dipertikaikan..... berubahlah kepada PEMIKIRAN yang lebih POSITIF, jangan dok nampak atau tunggu SALAH ORANG dan yang paling penting.....JANGAN BERKIRA KERJA..... RENUNG-RENUNGKAN!!!!












