Thursday, November 12, 2009

BILA ANAK DIAJAR BERMEWAH

SAYA juga sependapat dengan Shareena yang kisahnya dipaparkan diruangan ini minggu lalu, tentang menghadapi masalah remaja kini, kerana saya juga mengahadapi masalah yang sama, ada empat orang anak berusia 8 hingga 14 tahun.

''Kerana risaukan keselamatan mereka, kami menghantar mereka ke sekolah rendah agama swasta bagi membolehkan mereka mendapat ilmu dunia dan akhirat.'' Demikian cerita Rozieyanti dalam emelnya.
''Namun saya dapati sebagai ibu bapa kita perlu bertindak lebih berhati-hati, kerana masalah mereka tetap sama. Kerana itu saya jadi ibu yang kedekut tidak memberikan mereka kemudahan handphone, saya jadi ibu yang jumud dengan tidak menyediakan kemudahan internet di rumah.
Sementara itu Dalila dalam e-melnya mengakui kehidupan remaja kini terlalu berbeza dengan zaman dulu. Semuanya kerana mereka terlalu dilimpahi dengan wang ringgit hinggakan mereka terdedah kepada budaya kuning.

''Walaupun ibu bapa telah memberi pendidikan agama yang terbaik, itu belum cukup untuk menjamin corak kehidupan mereka menjadi baik. Ini kerana mereka berpura-pura baik di hadapan ibu bapa, di belakang dialah raja.
''Saya dapati sikap mereka mula berubah ketika di tingkatan 2 atau 3. Perubahan mereka lebih mendadak setelah memasuki ke IPT .
''Sebagai ibu bapa kita hanya boleh berdoa agar keturunan kita terpelihara. Namun saya tidak bersetuju jika anak-anak sekolah diberikan telefon tangan. Kerana banyak perkara buruk boleh berlaku. Tak cukupkan kemudahan telefon awam yang ada di sekolah jika ada perkara penting perlu diberitahu kepada ibu bapa?
''Dulu saya ditawarkan oleh ayah telefon tangan tetapi saya tolak kerana saya mahu tumpukan ketika belajar. Saya mula ada telefon tangan bila masuk IPT,' katanya.

Sementara itu, Kamal dalam emelnya memberitahu orang yang sering merosakkan hidup anak-anak adalah ibunya sendiri. Contohnya isteri saya. Anak darjah 4 dah diberi telefon tangan, alasannya senang nak hubunginya kalau ada apa-apa terjadi.
''Rasanya tak ada apa nak jadi, sebab anak-anak pergi balik sekolah naik van. Kalau van rosak pemandu van akan hubungi kami. Tepat waktunya anak-anak balik rumah dan kita boleh telefon rumah pastikan kalau bimbang. Jadi apa perlunya telefon tangan?
''Pada saya semuanya kerana ego, bangga diri dan nak ikut gaya hidup kawan-kawan pejabat. Orang lain beri anak handphone dia pun nak ikut. Dua anak sekolah nak siapkan dua telefon tangan. Kalau boleh agaknya yang di tadika tu pun dia nak bagi telefon tangan. Puas saya nasihatkan tapi dia tak pedulikan.

''Lepas tu bila habis kredit kita pulak disuruh top-up. Saya tak pedulikan. Dia pandai beri jangan susahkan saya. Sekarang baru darjah 4 top-up seminggu mencecah RM20 itu belum masuk menengah lagi. Jadi siapa yang salah kalau anak-anak nak lebih daripada apa yang kita termampu untuk membesarkannya. Kerana salah kita sendiri.
''Itu baru telefon tangan, belum masuk kasut dan pakaian. Semuanya nak yang berjenama, tak ada 'brand' tak mahu pakai. Salah siapa, kalau bukan si ibu sejak kecil lagi ajar anak pakai pakaian berjenama. Itu belum ke sekolah menengah lagi! ''Kadang-kadang saya naik takut tengok perangai isteri saya, yang menyediakan segala-gala yang mewah untuk anak-anaknya yang masih kecil. Kerana saya bimbang sifat bermewah-mewah ini terbawa-bawa bila mereka dewasa nanti. Saya jamin tiga empat tahun lagi belanja hidup seorang anak saya akan meningkatan ratusan ringgit sebulan.

''Lebih parah duduk KL, gaya hidup anak-anak lebih hebat, tambahan bila mereka sudah berkawan, nak tengok wayang lah dan entah apa-apa lagi. Sebab itu kita perlu didik mereka berjimat cermat, bukan kedekut, tetapi hati-hati, sebab langit tak selalu cerah, kalau salah seorang dari kami tak berkerja apa nak jadi. Sakit! Sakit!
''Sebagai manusia saya tidak pernah minta yang buruk-buruk, tetapi kita mesti berhati-hati, sediakan payung sebelum hujan. Supaya kita tak kesal kemudian hari. Tapi isteri saya mempunyai pandangan berbeza, katanya sebagai ibu bapa kita mesti menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, bukan semuanya nak disekat!
''Bagi saya bukan sekat tetapi kita mesti berjimat cermat, supaya kita boleh menyediakan yang terbaik untuk anak-anak apabila mereka dewasa nanti, di samping melatih mereka tidak boros demi masa depan mereka sendiri.
''Saya tak salahkan isteri saya saja, malah sesetengah teman pejabat saya baik lelaki mahupun perempuan mempunyai perangai yang sama. Sedangkan pendapatan mereka termasuk isteri saya bukanlah banyak sangat. Tetapi nak bergaya bagaikan jutawan.

''Saya dah boleh agak dia mesti nak bagi anak-anak kereta bila besar nanti. Niat itu baik, tetapi dia mestilah dilatih berjimat cermat, kerana selagi anak-anak ini tak bekerja, mereka akan korek duit kita untuk mengisi tangki minyak mereka. Mampukah kita bila usia semakin tua nanti? Apabila tanggungjawab semakin besar?
''Satu lagi perangai isteri saya tak mahu berikan pakaian terpakai anak sulung untuk digunakan oleh adiknya. Bila pakaian tak muat terus buang. Beli baru. Sedangkan pakaian tersebut masih elok lagi, ia cuma tak muat lagi, mungkin adik-adiknya boleh pakai. Sifat membazir begini saya lihat jadi ikutan anak-anak kami. Suka membazir.

''Demikianlah juga perangai isteri saya berpakaian. Setiap bulan saya perhatikan ada saja pakaian baru. Itu belum masuk beg tangan, kasut, tudung dan sebagainya. Bila dah tak ada fesyen lagi tak mahu pakai, buang, atau diambil pembantu rumah. Apa salahnya berikan kepada saudara mara di kampung, mungkin ada yang berminat.
''Begitu juga tentang makanan, isteri saya memang tak tahu berjimat. Masak banyak-banyak tapi anak tak makan. Yang kenyang tentulah pembantu rumah atau tong sampah. Kesimpulannya perangai buruk anak-anak terpulang kepada didikan ibu bapanya sendiri. Kalau dari kecil sudah diajar hidup mewah, perangai itu menjadi lebih teruk apabila mereka meningkat remaja.'' Demikian cerita Kamal panjang lebar.

Memang tepat anak-anak bagaikan buluh, mereka boleh dilentur jika semasa rebung. Semuanya terpulang kepada cara ibu bapa mendidik mereka sejak kecil sama ada menjadikan mereka nasrani, yahudi atau muslim sejati. Jangan salahkan anak-anak bila mereka memberontak tak mendapat kehendak hati setelah remaja nanti.
(Artikel Utusan Malaysia - 8/11/09)
Okay... saya nak bagi sedikit sebanyak pendapat saya yea......
Dalam hal keluarga, saya berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana tidak memberi atau memewahkan (ada ke perkataan ini) anak-anak mereka. Abah saya seorang pegawai polis dan mama saya seorang guru.... pendapatan diaorang kalau dicampur dua orang tu........ boleh tahan jugak le. Tetapi sejak saya kecil sehingga besar, saya memang tak ada baju atau kasut atau aksesori "berjenama" (dan mahal jugak). Yang pakai berjenama ialah mama dan abah saya (duit gaji sendiri.... adalah hak mereka nak beli apa yang mereka suka...betul tak???). Kami adik beradik hanya akan dapat baju baru satu tahun sekali... itupun kira baju raya.... Abah akan belanja banyak untuk baju raya/baju baru untuk dipakai sepanjang tahun. Selebihnya.... baju-baju yang dipakai dirumah adalah baju-baju yang diperturunkan dari abang, kakak hingga ke adik-adik. Yang pastinya dari pengalaman saya..... hanya jam tangan dan kasut.... abah akan beli yang mahal dan berjenama kerana abah mahu benda seperti itu dibeli sekali dan tahan lama.
Begitu juga bab makan.... kami sekeluarga amat jarang makan diluar kecuali untuk menyambut hari jadi mana-mana ahli keluarga. Selebihnya makan dirumah sahaja..... Masih ingat dulu-dulu....abah rajin balik rumah makan tengahari.... daripada zaman bawak kereta sendiri..... hingga ke zaman ada driver.....Satu yang pasti kami sekeluarga selalu makan bersama di meja makan........... Hari biasa dan juga hari minggu. (Bila fikir balik....saya sekarang ni pun tak buat macam tu..... anak-anak makan dengan bibik.... saya makan sorang (sebab lapar sangat.... tunggu hubby lambat balik) Hubby pun makan sorang......Makan depan tv pulak tu.......kalau nak makan sama-sama hanya masa hari minggu.... tu pun anak makan asing-asing sebab bebudak ni tak suka bau masakan.... (anak-anak sayakan "special"..... asal bau lauk pauk tu... diaorang nak muntah.... akhirnya kami berdua laki bini aje yang makan bersama) Tak bagusnya.... nantilah nak tukar rentak makan nih..... kalau makan bersama anak beranak barulah rasa sayang bertambah-tambah-tambah......
Okey....sambung balik.
Tiap-tiap bulan mama dan abah akan berbelanja di Pasar Borong Selayang (bangun pukul 3-4 pagi tuh... nak pegi sana) dan shopping barang kering untuk stok sebulan. Masih ingat abah dengan mama dok siang ikan, udang dan sotong kat tepi pancoq rumah kat Bukit Persekutuan tu... (sampai jadi konflik keluarga bila opah datang melawat... terkejut dok tengok anak lelaki dia menyiang ikan) Orang tua-tua,dulu-dulu???!!! kan tak boleh terima kalau anak lelaki dia yang buat kerja rumah..... Abih dia kata anak dia kena "Queen Control"........ Kesian mama..... paling best abah backing.... Walau apa pun suami mesti backing isteri (sedih laaa pulakkkk.... rasa macam nak mengalir air mataku ini....) okayyyy...bab backing ni mestilah yang rasional dan logik diterima akal dan mengikut hadis dan Al-Quran ye...jangan hingga buang keluarga pulak........
Dah lari dari tajuk nihhh.....ok...bersambung lagi.....
Nak masak apa pun pastinya tak ada masalah bahan tak cukup....... bukak aje pintu stor tu.... tengok kat rak.... macam-macam ada. Segala mak nenek sos, garam, gula, makanan dalam tin, laici, longan, susu, milo, sabun basuh baju, sabun mandi, sabun basuh pinggan, ubat gigi, bawang besar(mama selalu beli bawang besar macam satu guni merah tu)......mama tak suka pakai bawang merah yang kecik tu... lambat keje katanya.... yelah nak mengupas bawang tu berapa lama mau habis..... dan sebagainya. Sampai saya sendiri bila dah kahwin nih, terbawa-bawa membeli barang dapur kering sebulan sekali........ kecuali bahan basah terutama sayur........yang tu saya beli seminggu sekali.........
Jadi kesimpulannya....
Saya menjadi seperti saya sekarang........ saya ada duit.... saya boleh hidup.... saya tak ada duit pun.... saya boleh hidup.... Saya berjimat bila wang saya semakin susut...saya berbelanja bila saya dapat banyak wang.... yang mana banyak wang saya laburkan untuk anak-anak...makan, pakai, sekolah, buku-buku dan sebagainya....
Saya berkahwin dengan seorang lelaki yang bukan berpendapatan tetap..... Wang adalah sangat-sangat minima... Oleh itu, saya kena agak-agak bila boleh berbelanja untuk diri sendiri...... dan bila boleh berbelanja untuk keluarga..... ALHAMDULILLAH..... sebab cara kehidupan yang mama dan abah saya terapkan....saya boleh bersabar dan tidak membebel dan berleter tiap-tiap hari, sebab tak cukup wang..... Saya boleh tidur lena walaupun ada benda yang saya terrrrrrringiiiiiinnnnn sangat-sangat nak beli tapi tak boleh beli sebab wang tak cukup.....
Tiap-tiap tahun walaupun susah mana pun .... saya masih lagi boleh balik kampung dan bagi duit raya kepada anak-anak saudara saya......... saya masih boleh tengok orang lain bergaya dengan barang-barang yang saya tahu mahal dan berjenama (Saya ni jenis suka ambil tahu trend terkini dalam dunia fesyen dan aksesori....soooo saya tahu tentang LV, Gucci, Thomas Sabo, Charles & Keith, YSL, Prada, Chanel, Dolce & Gabbana, Zara, Topshop, and many more)....... (dalam hati bestnyer...dia... teringinnya aku....) tetapi saya masih boleh tahan nafsu, tidak membeli barang-barang yang sama............. sebab saya tahu...kalau saya buat macam tu.... anak saya tak minum susu la....... Lagi satu.... saya sangat-sangat independent...... (yeeeee... saya pun tak suka jugak sebab kadang-kadang independent ni boleh memakan diri......) Saya tak harapkan suami hantar dan ambik saya dari tempat keje.....(walaupun kadang-kadang rasa nak nangis sebab hormon preggy benci tahap gaban....... nak bawak kereta) nak check preggy pun saya pegi sorang-sorang.... makan pun kadang-kadang sorang-sorang.... saya boleh pegi mana-mana saya suka sorang-sorang walhal untuk beli barang dapur atau pasar malam atau shopping kat Jalan TAR tu,.... sebabnya saya tanya sekali sahaja pada suami ..... kalau tak mahu...... saya buat sendiri...... ITULAH SAYA.......
Saya mempunyai ramai kawan yang banyak duit dan rajin betul membeli walaupun bagi saya benda-benda macam nih....... tak yah la beli..... lepas tu boleh cakap kat saya dah takde tempat nak letak kat rumah..... yang ada pun berlambak lagi...... (tapi masih beli dan beli dan beli.....) (Hooohhh... sapa-sapa yang baca jangan terasa yer.... ini pandangan peribadi saya......) so macam mana yea........ ada duit pun susah.... tak ada duit pun susah.....
Saya masih ingat bapak mertua saya agak terkejut kerana saya masih tidak kisah masuk dapur yang berkecah untuk masak dan basuh pinggan. Ehhh.... orang bandar takpe ke basuh pinggan banyak-banyak (sebab dia tahu anak lelaki dia kahwin dengan orang KL dan anak tuuutttttt.... pulak tu) Tu yang dia macam musykil jugak tu.... (I pengantin baru lagi tu.....ambik hati mak mertua you..... kena la rajin laa..... masa tu rasanya diaorang macam tak berapa sure boleh ke si Zul ni kahwin dengan Zana ni... mesti ada jugak diaorang berbincang dengan Zul... biar bebenor ko nak kahwin dengan budak nih.... keluarga diaorang dengan keluarga kita tak sama nak oooiiii.....tengok diaorang buat kenduri pun dah risau...... sooo... sekarang agaknya bapak mertua dan mak mertua saya boleh la lelap mata tidur dan anaknya....... INSYALLAH tak kurus kena controllll....) Lagi satu rumah mertua saya dengan rumah abah saya sangat-sangat la berbeza..... Sapa yang pernah pegi rumah abah dan mama saya faham la apa yang saya maksudkan...... Ni bukan pasal duniawi nih.... ni pasal keinginan seseorang setelah lama bekerja untuk masa hadapan dan untuk membesarkan anak-anak.... apabila sudah ada semuanya... anak-anak pun dah besar dan tak mintak duit lagi... (aisehhh.... mama mesti gelak kalau aku kata tak mintak duit lagi....pirahhh... tak mintak duit lagi kononnn....Apala agaknya yang you all pikir ye.....) pasti keinginan yang dah lama terpendam dilaksanakan........
Saya tak beli barang berjenama melainkan beg tangan dan jam tangan (sebab saya nak pakai lama....).... saya tak kisah pakai barang second hand.... (sifat ni saya adapt masa belajar kat obersea dulu... beli barang kat car boot sale kan....) Ada pulak sedara kenal orang jual barang bundle dari Jepun atau Korea kat kampung.... mana-mana berkenan tu... faham-faham aje laaa..... Very price wise la kununnnn.....
Saya tak beli baju berjenama untuk anak-anak saya.... cuma baju jalan (kitaorang ada dress code...baju jalan dan baju pakai kat rumah adalah dua jenis baju yang berbeza.... baju jalan paling no-no buat pakai kat rumah....) dan seluar jeans diaorang aje yang berjenama (untuk pakai lama dan boleh diperturunkan kepada adik beradik yang lain) Tak semestinya beli banyak-bayak...beli la dalam dua pasang.... see.... macam zaman kecik-kecik dulu kan........ Baju Nabeel...Nadeem boleh pakai.... baju Nadeem.... Nazrin boleh pakai....baju Nazrin...baby boleh pakai....... Kadang-kadang fikir...kalau anak satu jantina pun senang jugak yer.... save budget baju..... (Oh ye... bagi mereka fikir... saya bagi jugak anak-anak pakai baju yang dah lusuh dan pudar.... agak-agak ler..... takkan laaa... saya nak pakaikan anak saya pakaian macam tu kan..... baju yang lusuh-lusuh tu, yang bahagian leher dah kembang tuuu... saya buat la kain kotor...kain lap-lap dapur....) (Tapi satu le nak cakap kan... baju yang dah kembang dan nipis-nipis ni paling selesa pakai kat rumah kan... sejukkkkk....)
Lagi satu petua nak bagi.... (aiiii...orang muda (perasan muda...) ada petua ke.... tak kiralahhh... kira petualah gak nooo... baju anak-anak, kalau boleh basuh dengan tangan dan sidai jangan bagi kena direct cahaya matahari lelama sangat ye....kalau nak jemur direct sunlight.... terbalikkan baju tuhhh... lambat la sikit pudarnyer.... (dalam hati kome mesti ada yang cakap...dia bolehla...dia ada bibik...(tu...tu...tu... ada yang dah senyummmm....betul tak saya cakap)...he..he..he...) Guna mesin basuh pun boleh yea puan-puan..... cuma yang paling penting baju anak-anak jangan campur dengan baju orang tua (mak bapak dia la maknanya tuuu...) ni ada yang basuh baju anak, dicampak sekali dalam mesin basuh dengan baju mak bapaknyer sekali... mana tak cepat pudar... peluh mak bapak lain dengan peluh anak-anak.... ada tu yang masukkan clorox sekali...campurkan baju berwarna dengan baju putih... Beli la baju mahal ke...murah ke... kalau macam nilah caranya basuh baju...alahai... cepatlah rosak dan pudar baju-baju anak...
Abah saya ada jugak bagi kereta masa saya belajar dulu..... tapi bukan masa mula-mula masuk U ehhhh.... Saya cuma dapat pakai kereta bila final year dengan bekalan duit yang cukup-cukup makan.... Oleh itu, kereta saya lebih banyak masa bersidai di rumah sewa..... daripada saya bawak ke kuliah. Kereta pun kereta kancil.... second hand lagi.... bukan macam anak-anak sekarang.... paling-paling koman mak bapak bagi Myvi..... sebenarnya Myvi lagi mahal dari Viva dan Proton Saga baru tu....tapi pastinya yang baru keluar kilang kan...... Yang nasib baik lagi dapat pakai kereta yang banyak kat rumah tu...pilih aje nak pakai kereta apa hari ni.... ada honda... ada toyota.... ambik....ambik.... nanti lambat pegi kuliah.... dah pakai kereta hebat ...parking aje tempat lecturer ke...tempat staff.... kereta diaorang pun tah hape-hape tah, cikai aje..... Mana staff U tak hanginnn..... Ada jugak saya tanya member yang ada anak besar-besar, kenapa tak bagi anak naik motor jer.... katanya takut anak panjang kaki, bawak jauh-jauh...lepas tu accident.... Saya dengar pun takut jugak.......... Tapi asal anak minta duit minyak kereta kita membebel....anak minta duit nak bayar tol....kita membebel... anak mintak duit nak top up telefon.... kita membebel.... ( huiiii...ni lagi ngeri... duit top up ni bukan RM30 ringgit sebulan tau.... lebih dan lebih dari tu.... kita tau la... kita ada adik... kena pulak time-time bercinta..... nak bertenet lagi....nak belanja makan lagi..... nak belanja tengok wayang lagi.... nak gayut lagi.....kalau ada duit PTPTN tu, boleh jugak le tolong .... kalau takde... ingat duit sapa lagi yang dia nak mintak kalu bukan duit mak bapak dia..........) ko ingat mak ko ni cop duit ker..... terutama tengah bulan..... tak ke sama jugak.... baik tak yah bagi pakai kereta langsung.......... kalau kereta rosak... kena langgar ke.... aduhhhh...lagi botak kepala...... (dalam bab pakai kereta nih ada jugak geguys yang pandai.... cari awek yang ada kereta...... boleh minta tolong hantarkan ke kuliah ke...stesen bas bila nak balik kampung ke.... balik kolej ke..... sesekali kasi pinjam nak jalan dengan kengkawan.... tak la kena panas.... nak dating pun senang...boleh gi jauh-jauh sikit....) Bijak tak...Bijakkk!!!!
Saya bersyukur mama dan abah saya banyak mencorakkan kehidupan baik-baik kepada kami anak-anak dia..... Satu yang pasti saya tak cepat melatah kalau tiba-tiba duit takde dan kena berjimat cermat........... Anak-anak hanya sekali sekala dapat makanan KFC, McDonald, sate dan sebagainya..... Sekali sekala juga kami berdua sahaja pegi makan di luar.....tapi boleh dikira dengan jarilah..... berapa kali pergi .... bukan tiap-tiap minggu..... (dan betul..... saya sangat-sangat jeles pada mereka yang boleh dan mampu selalu makan kat luar nih....... sebabnya saya paling malas nak masak tapi saya suka makan sedap-sedap.....) Saya cuba untuk tahan jugak nafsu nafsi nih..... sebab nanti saya tak ada duit nak isi minyak kereta dan bayar tol pulak... tak ke naya...... nak pegi keje jalan kaki.......... jauh tuh..........
Moral of the story adalah.....
Masa depan kita..... kita tak tahu apa akan terjadi kan..... Apa yang kita ajar dan terapkan pada anak-anak.... yang itulah akan menjadi ikutan dan panduan hidup mereka di masa hadapan..... Kalau kita ajar yang senang dan indah sahaja kepada anak-anak kita.... maka apabila mereka menghadapi masalah hidup di kemudian hari.... mereka takkan dapat sesuaikan diri...dan akibatnya hidup mereka akan musnah.... Oleh itu, agak-agak la.... mana yang kita rasa boleh boleh atau tidak kita beri dan terapkan kepada mereka..... kita sebagai dewasa ni pun kadang-kadang boleh TERGELINCIR.... inikan anak-anak kita yang akan mewarisi generasi kita masa hadapan...... Bak kata penulis artikel di atas........ Kitalah yang mencorakkan masa hadapan anak-anak kita......... janganlah bila dah susah nanti... anak-anak yang cakap.... ni mak bapak punya pasal la ni sampai kitaorang jadi macam nih......
P/s: Ini untuk anda dan juga saya......... semoga dijadikan panduan dan iktibar..... buat saya juga supaya masih boleh control habit suka menghabiskan duit pada benda yang kadang-kadang buat rasa menyesal pulak aku beli benda ni... bukannya guna punnnn............. dan saya bersyukur masih boleh lagi tersenyum dan ceria di tempat keje walaupun dalam poket nan adooo.......Tapi ITULAH SAYA..........

No comments: