Monday, April 20, 2009


Petua


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.


Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.


Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui.Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.


Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumahtangga.


1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan pasangan.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut I love you sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidaksetabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpanseribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.


P/s : Dapat dari emel yang kak Shima bagi. Buat panduan untuk rakan-rakan yang membaca blog ini.

Thursday, April 16, 2009

Netball

Ingatkan dah keje ni takdelah nak main apa-apa games. Setakat gi jogging and aerobik tu biasa la jugak. Tapi dalam minggu ni kite kena main netball lahhhh..... Suspen betul main game yang kena buat betul-betul supaya tak dimarahi team member yang lain atau dalam erti kata lain kena MENANG!!!! Game pada 14, 15 dan 18hb April 2009 kat Kolej 14.
Yang bestnya tu team member yang terer main tu semuanya akak-akak senior. Respek habis kite.... Dalam usia dah masuk 40-an tu, boleh lagi lompat-lompat. Kak Misah tu siap jadi Center lagi tu........ lari hujung sana, lari hujung sini. Kite ni takat jadi GA pun dah semput.... tu pun duduk dalam line D aje. Lagi satu Kak Ani......... kalau shoot bola, masuk aje........ kite........ tak payah cakap la berapa kali yang masuk tapi yang tak masuk tu lagi banyak........... hu!hu!hu!
Team member yang lain Aspa, Aida Zibah, Suzi, Alin, dan member on the bench memang the BEST!!! Seronoknya main kali ni tak tension....... siap buat lawak-lawak dengan akak referee yang sporting tapi strict tu. (Member siap salam cium tangan akak referee........ bodek sikit beb...... Tapi memang baik la akak tu!!!) Bukannya apa kalau main dahsyat sangat pun bukannya lawan dengan universiti lain.......... semuanya satu tempat keje. Pegi balik jumpa orang tu jugak...... kat Bendahari, kat Pendaftar, kat Fakulti..........so....... jangan main kasar-kasar tau!!!!
Buat member yang datang berikan support, tima kasih bebanyak.......... Semangat naik beb.... Semua player naik syeh tu...........Without all of you, apa agaknya jadi pada team kita.... Thanks a lot...... jangan lupa datang sorak lagi.........

Kalau naik main mesti bergambar dulu. Acara wajib nih...............

Dahsyat hui....... Macam pro aje.........

Masa rehat...........

Tertonggek -tonggek cari member nak bagi bola.....

Ni team supporters dari lib.........


Shooter Kak Ani..... Slow kak.... relaxxxx.....

2 orang supporters yang tengah kusyuk gilesss...

Tengah explain kat Kak Sam pasal game la ni....

Muka selepas habis main..... selekeh betul.....


Friday, April 10, 2009

HAPPY BIRTHDAY BABY!!!

10hb April 2009



Happy Birthday Baby!!!! Hari ni hari jadi baby Nazrin. Dah satu tahun. Dah bijak pandai. Dah banyak akal. Dah pandai nak jalan. Dah pandai mintak macam-macam terutama dukung dan bawak keluar jalan. Kalau lambat bagi susu..... dibalingnya apa-apa yang ada depan dia. Garang huiiiiiiii.......


Monday, April 6, 2009

Google

Tengah googled.... guna nama sendiri...................jumpa gambar lama nih.......... Sekarang ni senang betul kalau orang nak cari kita. Siap boleh tahu kerja kat mana dengan gambar sekali. Bahaya betul bahana internet ni.

Ambil gambar ni masa sambung belajar di Australia. Baru aje kahwin. Kiranya honeymoon plus kena belajar. Susah senang tinggal di tempat orang hanya Tuhan aje yang tahu.


Caption: Dari kiri: Zul****** B***** dan A*** A*** H***.Ucapan: Kami dari University of Canberra, Australia ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri terutama kepada ibu bapa di Kuala Lumpur dan Pontian, Johor. Tak lupa kepada sanak-saudara, guru-guru dan rakan-rakan Masscomm Julai 1996-1999 UiTM, Shah Alam serta semua yang mengenali diri kami. Kami ucapkan semoga lebaran ini memberi kemeriahan kepada semua



Friday, April 3, 2009

AUTISM DAY

2 April 2009

Hari ni adalah Hari Autism Sedunia. Sekolah Nabeel mesti buat apa-apa sambutan.
Selalunya akan ada wartawan datang interview mak bapak bebudak ni di sekolah untuk masukkan cerita tentang autism dalam suratkhabar. Selalunya suratkhabar Inggeris. Yang akhbar Melayu tak adanya nak cari story pasal penyakit nih. Sibuk cari story yang hangat-hangat aje. Cubalah keluarkan story pasal autism dan penyakit seumpamanya seperti ADHD, Dylexsia, Sindrom Down ni dalam akhbar Melayu. Berapa kerat sangat orang Melayu yang baca akhbar Inggeris. Sebab tu la banyak ilmu pengetahuan tak sampai kepada orang Melayu.
P/s : Penatlah nak jawab soalan................................. autism tu apa ye??????

Wednesday, April 1, 2009

I'M BACKKKKKK

1 April 2009

Assalamualaikum.........

Aku datang...... Aku sudah datang......

Dia datang..... dengan jiwa barunya, cerita barunya, impian barunya....

Lama betul aku tinggalkan dunia blogging ni. Aku mengalami dugaan-dugaan yang kalau difikir semula........tak masuk akal......... remeh........ kebudak-budakan dan melemahkan otak.

Nasib baik ada kawan-kawan (tak ramai.... dua orang tu je..... anda tahu siapa anda???!!!!) Ada jugak tempat mengadu.... Hu...hu...hu....

Sekarang........aku nak tinggalkan cerita-cerita lama dan jadi LOW PROFILE. Sekarang...... lantaklah apa nak jadi, aku buat donno jer dan kalau nak mintak tolong......... haku........ TAK MAHU TOLONG LAGI........

Tapi aku tahu aku ni, bukan jenis orang yang sampai hati buat kat orang. PULAKKKKKK.....Eeeeiiii... bencinya jadi orang yang tak sampai hati ni. Nanti kena lagi..........

Okaylah.... buat ingatan pada diri sendiri..........BERHATI-HATI dan JANGAN CAKAP BANYAK. Kali ni kita dengar aje.............. BOLEH BUAT TAK????? BOLEHHHHH!!!!

Friday, February 13, 2009

Lubang di Hati

Banyak kata² yang ingin diluah tetapi tertinggal jauh di sudut hati…Walaupun saya merasa pedihnya tetapi saya sering berfikir lebih baik dipendamkan saja dan satu masa nanti biar ia hilang dengan sendiri sehingga terlupa saya pernah merasa sebegitu. Biarkan ianya ibarat mimpi yang kita lupa setiap kali terjaga dari tidur dan kita pun meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik lagi tanpa ada penyesalan…


Saya tidak mampu menutup mulut orang dan menahan gerakan lidah mereka tetapi saya cuba sedaya berusaha untuk menjaga mulut dan mengawal lidah sendiri. Lebih baik diam dan memperbaiki atau meluruskan setiap kesalahan diri sendiri kerana tak mungkin saya cukup baik dan sempurna.

Seberat apapun masalah yang kita hadapi “pasti” sesuai ukuran yang Allah berikan kepada kita. Ini yang harus saya jadikan sebuah “keyakinan mutlak” dalam diri.

Hadapi kehidupan ini dengan apa yang ada, kawal jiwa untuk menerima dan menikmatinya. Tidak mungkin semua orang tulus kepada kita dan semua perkara sempurna dimata kita. Dunia ini memang tercipta dan tempat bertemunya dua hal yang berlawanan, dua jenis yang saling bertolak , dua kubu yang saling bertentangan, dua pendapat yang saling berbeza, yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan.


Saya manusia normal yang tidak pernah sempurna dan saya percaya setiap orang memandang sesuatu dengan pandangan berbeza mengikut kehendak dan keperluan . Tentunya saya tidak mampu memenuhi semua kriteria atau standard piawaian untuk memuaskan semua orang.


©Kujie….bila niat mula disalahtafsir, kata2 mula diragui maka aku bukanlah lagi layak dipanggil sahabat.


P/s : Aku ambil dari blog Kak Jie.... kata-katanya sungguh mendalam dan memberi semangat kala aku dalam keadaan kemurungan ini. Hidup ini sebenarnya tidak mudah dan banyak dugaannya. Tetapi dengan dugaan inilah yang memberi pengalaman untuk menghadapi setiap cabaran yang datang......... Aku mesti KUAT!!!

Monday, February 2, 2009

Sembahyang

Sebenarnya sembahyang lima waktu itu adalah himpunan sembahyang-sembahyang yang telah dilakukan oleh lima orang nabi dan rasul kerana ada sebab dan peristiwanya sebagaimana berikut;

SUBUH:

Manusia pertama yang mengerjakan sembahyang subuh adalah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke dunia.
Semasa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke dunia kerana kesalahan memakan buah khuldi yang dilarang, yang pertama yang dilihat oleh bagi ialah kegelapan.
Baginda berasa sangat takut. Macam mana pun apabila fajar menjelang Subuh dunia mulai terang dan kerana bersyukur apabila dunia mula menampakkan akan terang dan tidak gelap lagi, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama sembahyang baginda adalah sebagai tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam manakala rakaat kedua adalah bersyukur kerana siang telah menjelma.


ZUHUR:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan baginda agar menyembelih anak baginda Nabi Ismail a.s. sebagai melepas nazar baginda.
Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari (bertepatan dengan waktu Zohor), lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama kerana bersyukur bagi penebusan, rakaat kedua tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya, rakaat ketiga: tanda bersyukur dan memohon keredaan Allah SWT manakala rakaat keempat tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.
Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Sebagai tanda syukur kerana dikeluarkan dari perut ikan Nun, maka Nabi Yunus a.s. bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama tanda syukur dari bebas dari kelam dengan kesalahan, rakaat kedua bersyukur kerana kelam dengan air laut, rakaat ketika kerana kelam malam dan rakaat keempat kerana kelam perut ikan Nun.


MAGHRIB:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, yang di kala itu telah terbenamnya matahari.
Kerana tanda bersyukur bagi sembahyang tiga rakaat dengan rakaat tanda bersyukur kerana baginda berjaya menafikan ketuhanan selain dari Allah yang Esa, rakaat tanda bersyukur kerana berjaya menafikan tohmahan ke atas bonda baginda Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang manakala rakaat ketiga tanda bersyukur kerana berjaya menyatakan kepada kaum baginda bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT, tiada dua atau tiganya.


ISYAK:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat untuk mencari jalan kfeluar dari negeri Madyan.
Sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita kerana sesat ekoran doa seorang alim yang diupah oleh Firaun agar mendoakan supaya Nabi Musa a.s.
Orang alim dan doanya sangat mustajab itu pada mulanya enggan akur kepada arahan Firaun dan enggan menerima upahan dalam bentuk jongkong emas kerana diketahuinya bahawa Nabi Musa a.s. adalah nabi dan rasul.
Hasil siasatan oleh pegawai-pegawai perisikan Firaun mendapati orang alim itu sangat sayangkan isteri dan dia adalah seorang suami yang sering mengalah kepada isteri.
Kelemahan itu diambil kesempatan oleh Firaun dengan memberi upah emas kepada isteri orang alim itu supaya meminta suaminya berdoa supaya Nabi Musa a.s. sesat di padang pasir negeri Madyan.
Bila diminta dan dirayu dan direngek oleh isterinya, orang alim itu tidak dapat menolak. Bagaimanapun, dia memberi syarat akan berdoa dalam kandang kuda.
Orang alim itu menyangka bila berdoa pada tempat yang kotor, doanya tidak akan mustajab. Macam mana pun doanya tetap mustajab dan Nabi Musa a.s. tersesat manakala orang alim itu mati dalam keadaan berdosa kerana mengikut kemahuan Firaun.
Bagaimana Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya Nabi Musa a.s. apabila beliau akhirnya tidak lagi sesat dan ketika itu adalah waktu Isyak yang akhir. Sebagai tanda syukurnya, Nabi Musa bersembahyang empat rakaat dengan rakaat pertama tanda syukur kerana baginda akan dapat kembali ke pangkuan isteri dan kampung halaman. Rakaat kedua tanda bersyukur kerana dapat bersua kembali dan berganding bahu dengan saudara Nabi Harun a.s. bagi menyampaikan seruan Allah.
Rakaat ketiga pula kerana selamat daripada tindakan Firaun manakala rakaat keempat tanda bersyukur selamat daripada pengkhianatan anak Firaun terhadap baginda dan umat baginda yang bertakwa.
Ertinya kesemua waktu sembahyang yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad adalah merupakan amalan-amalan tanda ketakwaan terhadap Allah oleh para nabi dan rasul dan nilainya tidak boleh disamakan dengan apa jua bentuk kebendaan.
Kalau nabi dan rasul pun bersembahyang sebagai tanda syukur dan untuk melayakkan diri masuk ke syurga, siapa kita yang bukan nabi dan rasul untuk tidak sembahyang di samping melakukan pelbagai kemungkaran dengan bila mati kita mahukan syurga!


P/s : Ambil dari blog Sumijelly..... buat tambahan pengetahuan kita semua.

Friday, January 30, 2009

Kenduri

17hb Januari 2009
Pergi kenduri kawan Zul. Namanya panjang bebenor........ kerabat somebody.......... negeri mana, tak pulak tanya Zul. Tapi MC majlis asyik sebut Yang Mulia-Yang Mulia... maknanya ada berdarah bangsawan la tu.... Nama simple dia Shah ajer.... wifey dia nama Jaja. Kenduri ni kat Dewan Kementerian apatah.... Kerja Raya???? Tak ingat la pulokkkk... Kat jalan apa yer???!!! Ala nak pi Bank Negara. Kat-kat situlah..... (Pelupa benor aku nihhhh.... Sebab bukan kenduri sendiri kan????!!!!)

Baru lepas makan, tengah layan muzik, band dijemput khas dari Negeri Sembilan


Bergambar dengan pengantin, pengantin tak habis makan lagi tuh....

Monday, January 19, 2009

Layang-layang

5hb Januari 2009

Bawak Abang Nabeel, Nadeem, Nazrin & Mar pegi main layang-layang kat taman yang dikatakan popular la gak bagi penggemar layang-layang nih. Taman ni kat Selayang..... betul ke???!!! Tak familiar sangat bahagian KL sebelah sinun....

Anyway.... sampai ke sudah layang-layang tu tak naik. Angin takdak la.... Time nak balik (dah nak maghrib...) baru rasa angin kuat betul.

Abang Nabeel tengah cari angin.....


Dah penat lari......




Nak main jugak.....




Nadeem.... baik makan ais krim... Lagi besttttt....

Baby tak leh main.... mintak ayah dukung jelahhhh....

P/s : Update dari Zul... bukan kat Selayang laaa.... Kat Kepong!!!!

Haagen-Daas

3hb Januari 2009


Tak tahu la dengan perangai Nadeem sekarang ni. Asyik mintak nak makan ais krim semenjak dua menjak nih. Masa keluar ni kitaorang plan nak beli layang-layang dekat kedai nama Windchaser kat 1 Utama tu. Lepas beli layang-layang, Nadeem menjerit-jerit hendak makan ais krim. Bayangkan satu level tu pandang aje kitaorang. Mesti orang ingat kitaorang ni pukul anak ke hapa. Aznil Nawawi & family yang tengah makan kat restoran pancake tepi tu pun dah tertoleh-toleh tengok anak sapa la bising sangat ni.


Takde alternative lain nak bagi Nadeem diam.... ini aje yang jumpa...... rabak duit mak bapak dia hoooooo.......



Ami nak rasa jugak.... vanilla my fav.... satu scoop ni harga dia RM13 hinggit. Giler mahal!!!!

Nadeem dengan penuh khusyuk mengadap coklat ais krim

Baby termenung aje la.... Ami bagi sikit ais krim bagi rasa.... tapi ayah tak bagi makan banyak sangat.....


Termenung hape budak nih????

Cepat makan... tak mahu tunggu lama-lama kata ayah....

Thursday, January 8, 2009

RAYA 2008

Gambar raya tahun lepas.... Baru nak masukkan dalam blog nih. Tak kisah la kan. Apalagi layannnnn....



Tengah buat ketupat daun palas. Aku takde... tak sampai lagi.....


Posing dulu sebelum gi sembahyang.... baru lepas bersalam-salaman







Gambar wajib... bergambar depan rumah......





Sepupu sepapat datang nak makan laksa mama.... hidangan wajib raya selain daripada ketupat dan rendang

Projek


Budak 2 ketul ni kalau wan sibuk buat keje, diaorang pun tolong gak...... Tolong menyibuk sekali!!!???

Tolong pegang screw driver pun takpe la......

Baby takleh join abang dengan wan buat keje....

Tuesday, January 6, 2009

Kenapa???

Ketika sedang bekerja di MPP, salah seorang dari adik pustakawan baru tanya aku, kenapa Kak Na tak pernah join in (war-warkan)blog tapi Kak Na ada blog sendiri???!!! Kenapa ye???? (Ini kes bagi kat sorang kawan tu, dia g masukkan add blog aku dalam blog dier.... siapa yang perasan dapat la tengok blog aku)

TUJUAN AKU MENULIS BLOG...

Sebab aku boleh ingat setiap peristiwa yang aku buat dengan anak-anak. Aku boleh ceritakan apa aktiviti aku dan anak-anak, mana kitaorang pergi jalan-jalan dsb. Siap boleh letak gambar tuhhhh!!! Tu yang paling best. Zul lak ada blackberry... senang nak tangkap gambar, hantar gambar via emel dan tadaaaa.... siap satu entry. (Sebenarnya malas jugak nak buat entry pun... tapi bila ada masa terluang aku akan paksa diri menulis.... kadang-kadang cerita pun dah basi)

Kalau dibandingkan dengan tulis diary, dah la kena tulis tangan, tak boleh letak gambar ke, video ke, lagu ke.... BORING!!! Malas betul aku kalau menulis tangan.... Masa zaman anak dara dulu aku memang rajin menulis diary.... masalahnya takde event yang best sangat dalam kehidupan aku, seorang pelajar. Pegi balik sekolah aje.... Nak tulis lebih-lebih takut orang baca lak. Malu wooo....

Bila ada blog ni takut pulak orang lain baca terutama mereka yang tak sukakan aku... sapa ye yang tak sukakan aku... di mana-mana tempat pun mesti ada orang yang tak sukakan kita kan??? Sebabnya tak tahulah... mungkin ada benda-benda yang kita buat diaorang tak suka ataupun ada benda yang diaorang buat kita tak suka. (Bagi aku kalau aku tak berapa berkenan dengan seseorang... aku tak rapat la dengan dia... tak ambil pot tentang dia...)Soooo... ada orang walaupun dia tak sukakan kita TETAPI masih mahu mengetahui tentang kehidupan kita (Haaaa... orang macam ni berlambak!!). Bagi aku kalau tak suka jangan ambil tahu tapi..... ini punya orang masih nak mengorek tentang hal orang lain. Aku tak mahu la bertambah lagi cerita yang dari takde apa-apa boleh jadi satu cerita besar.

Kalau kita baca blog orang tak payah le nak komen lebih-lebih... tu tandanya DENGKI!!! Aku ada baca blog yang mana komennya sampai kutuk mak bapak budak tu sebabnya diaorang orang kaya dan anak-anaknya mampu beli benda berjenama dan selalu melancong ke luar negara.... Nak buat macam mana... memang dia orang kaya dan mampu... Kita yang tak berduit ni tumpang baca keseronokkan dia dah laaaa.....

Sebab tu la aku cuba tidak menceritakan apa-apa material yang aku ada. Cerita je la pasal anak-anak ke, bunga ke, pokok ke, belacan ke, ikan pekasam ke.... Tapi tak tau la... mungkin satu hari nanti aku teruja lak nak tulis something materialistic.. tolongla.... maafkan aku.... nak buat kenang-kenangan untuk diri sendiri.

P/s 1 : Buat Najah, harap entry ini dapat menjawab pertanyaan Najah yer. Buat Zira,walaupun tahu tapi buat tak tahu aje yer. Aku akan bagi add blog aku pada orang yang tanya aku personally. Okay la tu............

P/s 2 : Pasal ikan pekasam tu aku teringat lak makan tak puas... hari tu mama datang bawak sikit aje. Bila nak pegi Pekan Rabu lagi yer????? Mama kalau pegi Pekan Rabu, jangan lupa ikan pekasam sepat 10 hinggit tau!!!!

Wednesday, December 31, 2008

More Lawaks

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewellery applications that had operated flawlessly under boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?
Signed,
Desperate Housewife

------------------------------------------------------------------

Reply:
Dear Desperate Housewife,

First keep in mind: Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.

Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0. If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1. Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wavfiles.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.

Good Luck,
IT Support

P/s : Ambik dari blog elly....

Tuesday, December 30, 2008

BENGANG GILER

Hari ni on the way nak balik ofis lepas lunch, ada satu kete bawak laju giler. Menyelit-yelit kononnya nak cepat la tu........ Woiiii nasib ko la... apasal lambat keluar dari mana tempat ko datang kalu dah tahu masuk ofis kena pukul 2 petang. Bawak kete rapat-rapat... Tu nak suruh aku ke tepi la tu. Pigi da.... Tak maunya aku bagi chance.

Aku dah naik hangin nih... Aku pun nyelit-yelit tak bagi kete tu lepas kete aku. Yang pastinya aku nak bagi kete ko belakang kete aku... Bawak kete kurang ajor betul. Ko duduk la belakang kete aku sampai tempat mana ko keje. Tak respect orang langsung..... Tu bawak kete lama... kalu mercedes lagi teruk ape perangai lu.

P/s : Sori aaaa Zira..... aku bawak macam samseng hari ni. Sebab aku paling sakit hati dengan orang yang berlagak di jalanraya. Agaknya luruh jantung ko ke hape?????

Azam

Azam aku tahun ini.......


  • tak nak lengah-lengahkan sembahyang.......

  • tak nak selalu ponteng kelas mengaji....

  • tak nak boros sangat.....

  • nak jadi isteri dan ibu yang mithali dan sejati.....

  • nak jadi anak yang baik....

  • nak jadi teman yang setia.....

  • nak jadi pekerja yang bijaksana.....

  • nak kuruskan badan....

  • nak simpan cuti......

  • nak simpan duit bebanyak...

  • nak naik pangkat... bolehhhhh????

  • lebih penyabar.....

  • lebih banyak baca buku keagamaan pulak....

MAAL HIJRAH 1430

Wayang

29hb Disember 2008


Ayah bawak Abang Nabeel tengok Bedtime Stories di TGV Jusco Balakong. (First time Nabeel nak gi tengok wayang nih.... takut jugak kalau-kalau dia tak boleh control excited dia) Abang Nabeel asyik sebut-sebut jer cerita tu sebab selalu tengok sedutan movie tu dalam Disney Channel. Ami tak boleh ikut sebab Bu Mar tak balik lagi dari melawat Mak saudara dia kat Cheras.



Bila diaorang balik...


Aku : Best tak cerita tu???


Hubby : Biasa la cerita budak-budak.


Aku : Abang Nabeel behave tak??


Hubby : Okey la...kadang-kadang jerit-jerit gak... macam kat rumah jugak bila excited. 3 kali pegi kencing tu... Minum banyak sangat.


Aku : Bagus la... lain kali boleh bawak lagi........ (Lega aku....)


Abang Nabeel : Ami -----watch----- Bedtime Stories---- eat ----popcorn----


P/s : Tanda ---- tu maknanya ada kata-kata Nabeel yang aku tak paham.