Monday, November 10, 2008

Sumarni dah balik!!!

Alhamdullillah.......yahooo.....Mar dah balik......leganya.........

Dah sebulan setengah Mar bercuti, balik kampung........ aku dah tak kelam kabut lagi.

Rumah akan kemas balik. Rumput di laman akan pendek balik. Dapur akan sentiasa bersih balik. Baju semua akan berseterika dan tersusun kemas dalam almari balik. Peti ais akan bersih dan tak ada makanan lama balik. Lantai akan sentiasa disapu dan dimop balik (dah tak akan rasa melekit dan berpasir). Bilik air akan bersih dan wangi balik. Tingkap tak akan ada habuk balik. Anak-anak akan tepat waktu makan, tepat waktu mandi dan tepat waktu tidur balik. Syukur aku kepada ALLAH kerana membuka hati Sumarni untuk datang balik kerja dengan aku.

Bukan aku tak boleh buat semua kerja rumah, bolehhhhhhhh........tapi aku ni nak semua kemas dalam satu masa, bila aku mengemas, aku tak suka anak-anak sepahkan balik apa yang aku dah simpan.....aku nak rumah sentiasa cantik..........bila tak kemas aku yang stress sendiri. (Mama kata kalau tak nak rumah bersepah, bela anak patung je laaaa....)

Hubby sibuk dengan event dia........takde masa nak tolong ........selalu pulak balik lewat malam...........kerja hari sabtu dan ahad......dalam masa sebulan lebih tu, akulah emak, akulah bapak, semuanya aku kena buat sendiri. Tu yang aku terasa sangat tu..... (Abang janji nak bawak Na jalan-jalan......bila tu???? Dah tak sabar dah niiiii!!!)

Lepas ni boleh la sambung balik baca novel yang dah berabuk kat atas meja tu. Apa cerita dia ye...dah lupa la????

2 comments:

Miss Anna H said...

kak cik kata "lantai bersih ja"..
hahahaha... dier soh comment... =)

AMI said...

Kalau hari dia mop, bersih la lantai tu...kalau tak dimop, melekit jer rasanya....takpe sekarang Kak Mar dah ada