1. Aku bersyukur ibu bapa masih bahagia walaupun sudah 36 tahun bersama2. Aku bersyukur mendapat kasih sayang keluarga walaupun ada ketikanya kami semua berperang sebab perbezaan pendapat. Ada antara adik-beradik kami vokal orangnya. Ada yang just follow aje... Tapi kami memang satu team....... sapa-sapa nak cakap belakang, nak kutuk-kutuk........ memang nak cari nahas la........
3. Aku bersyukur ibu & bapa aku sangat pentingkan pelajaran anak-anaknya. Aku dan adik-beradik..... Alhamdullillah........... berjaya dalam pelajaran dan mempunyai kehidupan yang baik-baik. Abah masa kami kecik dulu selalu suruh duduk sorang satu kerusi & hafal sifir. Lepas tu spontan dia tanya.........terkial-kial kitaorang menjawab. Abah memang pandai..........cuma dia tak dapat nak pergi jauh sebab uwan takde duit nak hantar belajar ke luar negara. Habis belajar kat STAR Kolej, Ipoh, abah masuk polis. Jadi la inspektor..............
4. Aku bersyukur dapat merasa kehidupan di kota (KL, Johor, Ipoh) dan juga di desa (Baling, Kulim). Cara kehidupan yang berbeza membuatkan aku lebih mudah memahami pelbagai ragam manusia, jadi aku tak le cepat melatah kalau setakat ada orang nak kutuk-kutuk. Yang penting kita harus ingat, apa yang buruk kita kata pada orang.... Allah akan balas balik!!!
5. Aku bersyukur dapat berkahwin dengan jejaka yang aku cintai Zulkifli Bachok di usia 25 tahun. Kenal di ITM, satu batch, majoring aje yang lain-lain. Zul ambil Broadcasting. Aku ambil Publishing. Kami kenal 6 tahun sebelum mendirikan rumahtangga. Banyak betul dugaan dalam hubungan kami...... zul kuat cemburu..........aku pun kuat cemburu.......... dia selalu kata aku tak “alert” .... masa tu memang tak paham maksud dia..... rupa-rupanya maksud dia dalam apa saja perbuatan @ percakapan aku, aku tak jaga hati dia.....pakai buat aja (tu sebenarnya nak uji aje tu..........) tapi kepandaian aku ialah memujuk..... Cair beb!!!!! Ada kawan setuju.......ada kawan tak setuju dengan hubungan kami....... Tapi Alhamdullillah........jadik jugak kan!!!! Kepada member yang mengata aku dulu.........aku dah cakap....aku ni setia orangnya........kalau aku sayang........aku sayang betul-betul.........

6. Aku bersyukur dapat peluang belajar di luar negara bersama suami di University of Canberra, Australia. Dah rasa duduk negara orang....ada baik dan buruknya. Tapi yang paling dirindu....cuacanya, keramahan & kebersihan bandar Canberra. Yang tak tahan........lonely sangat tak ada ahli keluarga.
7. Aku bersyukur dapat kerja sebagai seorang pegawai di U***. Kerja aku mengajar. Ketua aku memang the best. Senang nak dibawa berunding dan sangat prihatan terhadap staf dan family. (Aku pernah kerja sebagai promoter jenama ANAKKU di Pasaraya Kita, Baling, Kedah, Administrative Clerk cum Receptionist cum tukang buat kopi di Wisma Stephen di Jalan Sultan Ismail, KL (sekarang dah jadi Bangunan Genting World), jadi cikgu sandaran di SMK St. Gabriel, Kg Pandan, KL dan librarian assistant di ADFA, Australia.) Jadi...... melalui pengalaman kerja di tempat lain membuatkan aku lebih menghargai pekerjaan aku sekarang ni..........
8. Aku bersyukur ada rumah sebijik, motor sebijik dan kereta sebijik (satu lagi viva kaler hijau belikan untuk mama)
9. Aku bersyukur suamiku rajin berusaha untuk meningkatkan tahap kehidupan keluarga. Tapi suamiku juga rajin berbelanja..........simpan duit bang oiiiii...........

10. Aku bersyukur ada duit sendiri nak beli apa yang aku suka.......kadang-kadang sampai kering poket aku belanja....... tak eloklah tabiat ni!!!! Eeeee tak sukanya!!!!!!
11. Aku bersyukur ada 3 orang anak lelaki yang comel-comel & hensem (cehhhh puji anak sendiri tuuuu.....) Walaupun anak pertama Nabeel Najmudin, anak istimewa (autism), tapi aku bersyukur dia boleh belajar, makan sendiri, pakai baju sendiri, pergi tandas sendiri. Nadeem Naqiudin pun ada perangai tersendiri jugak.....tak mahu cakap betul-betul walaupun kalau cakap dia tak pelat. Baby Nazrin Nizamudin tak dapat nak buat rumusan lagi sebab baru 6 bulan.......... Aku takde anak pompuan laaaaaaa........
12. Aku bersyukur ada kawan-kawan buat tempat aku nak mengadu, susah senang, sedih sama-sama, nangis sama-sama......Love u all!!! Muahhh

13. Aku bersyukur ada bibik yang boleh dipercayai, boleh diharap........macam keluarga sendiri

13. Aku bersyukur ada bibik yang boleh dipercayai, boleh diharap........macam keluarga sendiri
14. Aku bersyukur mempunyai ibu & bapa mertua yang sungguh baik........kadang-kadang malu sendiri kalau tak telefon mereka tanya khabar. Ipar duai yang warak & sederhana orangnya. Ibu & bapa saudara Zul pun baik-baik, boleh buat geng sembang-sembang. Sepupu pun bagus-bagus. Alhamdullillah!!!!
15. Aku bersyukur dapat peluang berjalan-jalan sambil melancong (walaupun kadang-kadang takde duit) seluruh Malaysia. Masa kecik & belum kahwin dulu pun, abah memang suka bawak anak dia jalan-jalan. Tapi kalau diaorang pergi luar negara.......tak bawak la kami nihhhhh. Abah beli van nissan vanette kaler kuning (aku yang pilih kaler tu....) Kalau gi jalan-jalan kami semua mesti nyanyi ramai-ramai lagu oldies..... Beatles, The Dreams, Frank Sinatra, The Jacksons, Elvis Presley, ABBA, Johhny Adams etc.
Ohhh indahnya kenangan masa itu..............
Ohhh indahnya kenangan masa itu..............

No comments:
Post a Comment