Khamis lepas.... 25hb November 2010, abang bersunat. Jenuh jugak nak pujuk dia bersunat. Ami cakap kalau nak jadi big boy macam ayah kena bersunat.... dia jawab..."but my tote small..." agaknya pada pemahaman dia selagi tote kecil takyah sunat... bila dah besar macam ayah baru boleh snip-snip tote tu... hehehe...kelakar la budak ni...
Last-last ami cakap kita gi hospital nak check gigi... dia pun okay... budak ni memang tak takut jumpa doktor gigi... sebab dah biasa jumpa doktor gigi masa sekolah kat PDK, Kem Sg Besi dulu....
Tapi dia mesti heran... kenapa nak pergi hospital singgah sekolah NASOM dulu... tapi bila tengok ramai kawan dan dia ingat ada party, dia pun masuk join... katanya party hari raya... sebab dia pakai baju melayu...
Cikgu-cikgu kat sekolah NASOM memang rajin buatkan persiapan untuk Majlis Berkhatan Beramai-ramai nih... bagus yea disambut budak-budak tu dulu sebelum nak gi bersunat... siap ada bunga telur, pelamin dan bunga manggar... ada ibu bapa yang sponsor kain pelikat, goodies... aku sponsor pulut kuning dan gulai ayam untuk majlis ni... untuk berkat budak-budak nih.... ada sikit doa selamat dan salawat nabi... dan sedikit ucapan dari guru besar... semuanya yang nak bersunat hari tu 8 orang... dibahagi kepada 2 kumpulan... satu kumpulan yang boleh tunggu lama sikit dan satu lagi kumpulan yang tak boleh tunggu... nabeel termasuk dalam geng tak boleh tunggu... sebab geng budak-budak hyperactive... dah la kena posa dari pukul 12 malam.. maunya mengamuk budak-budak nih....
lepas tu baru bertolak ke hospital KPJ Tawakal... dekat aje dengan sekolah tu... pusing roundabout kat depan Jalan Pahang tu jer... untuk sunat budak-budak ni, belanja dalam RM46o... itu harga sunat beramai-ramai... kalau buat sendiri kena cash up dalam RM1050... kasi tido habis... okay la tu.... kena faham jugak budak-budak nih bukannya macam anak normal yang lain...

Abang ceria sebelum gi hospital....

Bersanding beramai-ramai... memang tak boleh duduk diam budak-budak nih....

Masa tengah renjis bunga rampai nih... sedih lak rasanya...(ami nabeel nih memang jenis emo...) anak nak masuk kategori budak dewasa.. dah anak teruna anak aku nih...

Ayahnya tolong pakaikan baju untuk dibedah......

Lepas kena sunat... tengah mamai lagi tu... lepas tu dia rasa something wrong dengan totenya... dia panggil doktor... dia cakap " you cut my tote..."

Dah nak balik....
kalau orang tanya berapa aku sunatkan anak... mesti terkejut kalau bagi tahu kosnya... buat kat tawakal lagikan... tapi diaorang tak ingat anak aku bukannya normal... jangan la bandingkan dengan anak diaorang... "kitaorang buat 90 hinggit ajer..." "kat klinik sekian-sekian taklah mahal macam tu..."
tolonglah.... penatlah nak cakap pasal penyakit nabeel ni... bukan nak berlagak pergi tempat mahal-mahal... tapi dah macam itu keadaannnya....

2 comments:
nabeeel..miss u . kiut sangat budak nih..tahniah, dah jadi bujang teruna dh..
hahahahaha, nana, kiter phm...anak kiter yg sulung pun cenggitu, so tu yg masukkan private skul tuh, sri garden kat tmn maluri, dkt dgn umah tengku. anyways,mmg ramai org tak phm bebudak spesel neh, esp org tua n ignorant ppl. they may look normal, tapi drpd percakapan n prangai u know they are different. ari tuh jumpa psychiatrist for my son dia nak start a new drug on top of concerta, nama nyer silterra kebende ntah, den d doctor nmpk my reluctance, dia suh my son try grp sports dulu n see how...hrrmmm
ezzel
Post a Comment