Wednesday, October 22, 2008

Abang Cik

Ni adik aku Az'ham Hafaiz & keluarganya. Adik aku ni kerja di MAS Sepang. Engineer sorang dalam family aku. Wife orang JB. Sekarang ni tengah menunggu baby nombor 2. Congratttt Bang Cik



Suamiku.........


Suamiku.........Zulkifli......Abang......... Sibuk betul dia sekarang ni dengan international event yang akan berlangsung hujung bulan oktober ni. Aku bangga dengan pencapaian suamiku ni. Dah lama dia susah........Kali ni apa yang dilakukannya, aku berharap akan berjaya.
Aku berdoa supaya dipermudahkan dan dipanjangkan karier suamiku dalam bidang yang dia minati.

Aku harap agar suami aku tak lupa aku & anak-anak..........itu aje permintaanku.........

Penat!!!!

Sudah sebulan lebih Sumarni balik kampung. Sumarni adalah bibik aku. Sumarni dah kerja dengan aku hampir 5 tahun. Tolong jaga anak kat rumah sambil mengemas, membasuh, mencuci, mengelap dan segala bagai kerja rumah. Bila Sumarni tak ada ni susah betul aku.....



Adik aku..... Annur Thahirah yang tolong jaga Nabeel & Nadeem. Nazrin aku mintak Wa tolong carikan orang jaga. Kak Yah namanya (Sabariah), isterinya En. Mail. Baik akak tu. Suka benar dengan Nazrin. Ye laaaa.....baaaaabyyyyyy....sapa tak suka.....



Ya Allah.....susahnya nak buat kerja rumah dengan anak seramai 3 orang yang tengah lasak. Sekarang semuanya aku kena buat sendiri. Rumah tu rasanya dah macam kena puting beliung. Kemas dapur, ruang tamu berselerak. Kemas ruang tamu, bilik tidur berselerak. Apala asyik banyak sisa makanan atas karpet nih. Malas betul nak sapu. Vacumm kat mana ye??? Ala....pakai aje penyapu lidi. Ni kena menyapu 2 kali ni........Adooooiiii penat!!!!!!



Nabeel & Nadeem asyik lompat aje atas sofa Macy yang aku baru beli raya tahun lepas. Dah tak sedap nak duduk kerusi tu, rasa spring besi. Harap-harap tahan la lagi 2 - 3 tahun.



Dah lama dapur tak berasap. Tak ada masa nak masak. Nazrin asyik mintak dukung aje. Tak boleh tinggal langsung......kalau tinggal dia punya nangis, boleh dengar satu taman. Macam budak kena dera.



Mama datang semalam, sampai rumah dia tengok peti ais, berleter-leter dengan makanan yang dah berapa kurun aku pun tak perasan ada dalam tu. Mana nak tau????????..........



Pagi tadi bangun tidur.......bila masuk dapur, nampak banyak barang dalam sink. Mama kemas peti ais laaaa.......kena leter lagi. Aaaakkkkkkk...............

Thursday, August 21, 2008

Kenduri aqiqah
































Baby baru nama dia Nazrin Nizamudin Zulkifli. Nama Nazrin tu abah dan acik pilih sebab diorang orang Perak. Lahir pada 10hb April 2008. Berat 3.01kg. Buat kenduri aqiqah dengan ada buaian ni idea mama, mak teh dan kak Fizah. Geng mak we jadi tukang baca marhaban. Na jadi tukang ayun buaian je la........orang tengah pantang mana boleh buat apa. Best oooo.......relaks aje tak buat keje. Terima kasih buat mama dan abah tolong buat kenduri kali ni. Nabeel dan Nadeem buat kenduri aqiqah kat Johor.

Kambing oh kambing






Gambar yang ada ni di sepanjang majlis aqiqah dekat kampung, rumah abah di Kulim. Ada ke kambing nak buat aqiqah terlepas...... Kesian tengok abah kejar kambing dengan bebudak kampung. Nasib baik dapat........Kalau tidak kenduri aqiqah takde lauk kambing la. Scene kejar-mengejar kambing tak dapat nak shoot sebab lupa nak bawak kamera (lebih teringatkan nak tangkap aje kambing tu.......). Bayangkan na yang dalam pantang bawak kereta kejar sekali kambing dengan baby baru. Tak ke lawak tu........

Wednesday, August 13, 2008

My kids


Nak letak satu lagi gambar anak-anak....... Nabeel dan Nadeem (pandaikan ayah dia pilihkan nama). Permata hati lagi satu takde gambar la....... nanti balik rumah cari.......

My Family

Gambar ni diambil lepas bersalin, umur baby nadeem dalam 6 bulan. Nabeel lak baru umur 2 tahun. Pujuk Zul pegi tangkap gambar, nasib baik dia ikut aje. Tempat fotografi ni kat Ampang.

Hari ni nak letak gambar........

Nak tengok gambar I.........nak cuba download gambar ni.......semalam tak jadi

Tuesday, August 12, 2008

Nak letak gambar gak........

Orang buat........kita nak buat.......so......nak letak gambar........macam mana ni ekkkk....hentam dulu.......kalau salah.......tanya Zira balik.



Laaaaa.......tak simpan gambar dalam CPU.......mana lak letaknya thumbdrive ni........dalam beg tangan kot.........sat...........cari sat...........

Tak boleh download dalam blog la.........nampaknya esoklah cuba balik.........

Kerjaku..........

Aku sekarang tengah menanggung kerja kak ngah department ni. Kak Ngah cuti bersalin. Banyak la kerja dia sebab dia gred 44. Dah la aku takde mood ni.........kena buat kerja banyak ni.....sabar jelah...........

12hb Ogos 2008

Assalamualaikum.............

Hari ni kali pertama nak buat blog sendiri. Selalunya baca orang punya, (rajin betul kalau orang tu selalu update). Boleh ke aku terbit blog sendiri???? Ni baru nak cuba ni. Ni Zira punya kerja la ni...........